Uncategorized

Menteri Ekonomi beritahu ‘formula’ kawal kenaikan harga barangan, tapi formula Rafizi kali ni buat ramai berdekah

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia diseru agar lebih tangkas bertindak balas kepada kenaikan harga makanan dan minuman bukan alkohol untuk memastikan hubung kait permintaan dan bekalan lebih anjal.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, walaupun kadar inflasi bagi November 2022 dilaporkan kekal pada paras 4 peratus seperti bulan sebelumnya, ia masih perlu dikekang agar tidak membebankan rakyat.

“Satu kategori perbelanjaan yang didapati paling mempengaruhi inflasi adalah harga barang-barang makanan dan minuman bukan alkohol pada wajaran 29.5 peratus daripada kesemua kategori perbelanjaan isi rumah yang menentukan Indeks Harga Pengguna.

“Beberapa hipotesis awal yang saya simpulkan termasuklah ketidakanjalan saling kait di antara permintaan dan bekalan bagi barang-barang makanan dan minuman bukan alkohol,” katanya pada sidang akhbar Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) November 2022 di sini hari ini.

‘Kalau harga ayam terlalu mahal, kurangkan makan ayam’ – Rafizi

Tambah Rafizi, beliau berpendapat bahawa jika harga yang dikenakan oleh peniaga dirasakan terlalu tinggi berbanding harga purata peniaga-peniaga lain, sewajarnya pengguna menjauhi peniaga itu agar faktor permintaan berkurang akan menekan peniaga menurunkan harga.

“Peniaga juga tidak sewenang-wenangnya nak menaikkan harga barang seandainya mereka tahu pengguna tidak akan membelinya.

“Pada masa sama, Kementerian Ekonomi juga akan memberi tumpuan jangka pendek kepada kebertanggungjawab harga berpatutan (fair price accountability) dengan membangunkan ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara bagi menyuntik keanjalan harga dan bekalan,” jelas beliau.

Rafizi berkata, ekosistem tersebut yang diharap akan dibangunkan dan digerakkan oleh pengguna sendiri akan membantu menambah keanjalan di sebelah permintaan, sebagai satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang.

“Saya berharap negara mampu menyediakan ekosistem tabiat pembelian yang banyak dipengaruhi oleh penawaran harga yang berpatutan, dengan menggunakan data sedia ada yang disediakan Jabatan Perangkaan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” ujar beliau.

“FORMULA MENTERI SCAMMER: HARGA AYAM, MAHAL, JANGAN MAKAN AYAM…
Ni kesan gaji kena potong 20%, mereka tak buat kerja untuk turunkan harga ayam, sebaliknya salahkan rakyat yang makan ayam…
Yang salah bukan menteri dan kerajaan yang gagal turunkan harga ayam… yang salah adalah rakyat.. “-komen Tun Faisal Ismail Aziz

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *