Uncategorized

MOU Anwar permulaan pemerintahan diktat0r – Mas Ermieyati mula b0ngkar perkara ini buat ramai mula sedar

Bekas menteri Mas Ermieyati Samsudin mendakwa memorandum persefahaman (MOU) Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan beberapa parti lain akan membawa kepada pemerintahan diktator.

Naib ketua Wanita Bersatu itu mendakwa Klausa 4 MOU itu menyatakan kesemua ahli parlimen wajib menyokong perdana menteri dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan kepercayaan kerajaan PH-BN.

Tambahnya, menurut Klausa 4(b) pula, sekiranya mana-mana ahli parlimen kerajaan yang gagal mengundi sebagaimana yang telah diarah, mereka akan dianggap telah mengosongkan kerusi parlimen mereka berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan.

“Perjanjian ini adalah haram, tidak berpelembagaan, merbahaya dan tidak boleh diperkuatkuasakan. Artkel 49A tidak boleh menyebabkan mana-mana kerusi dikosongkan atas alasan cara ahli parlimen mengundi.

“Tidak ada apa-apa perkara seperti itu di dalam Artikel 49A. Ia hanya merangkumi situasi di mana seseorang ahli parlimen tersebut meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli partinya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahli parlimen Masjid Tanah itu juga berkata jawatankuasa pilihan khas menimbang rang undang-undang antilompat parti telah menyatakan pada 18 Julai 2022 bahawa mana-mana ahli parlimen yang tidak mengundi mengikut arahan parti tidak akan hilang kerusinya di bawah Artikel 49A.

“Tidak mungkin Anwar dan pimpinan Umno tidak tahu berkenaan laporan jawatankuasa bipartisan ini.

“Jelas, mereka secara tidak jujur memilih untuk mengendahkannya dalam satu tindakan terdesak untuk menakutkan dan mengugut ahli parlimen mereka sendiri untuk menurut kehendak parti, walaupun ianya membawa kepada kemudaratan terhadap demokrasi berparlimen,” katanya.

ADS

Klausa 4 perjanjian yang ditandatangani oleh PH, BN, GPS, GRS dan Warisan semalam menetapkan bahawa ahli parlimen dalam kerajaan perpaduan yang gagal mengundi atau menyokong perdana menteri dalam usul berkaitan undi percaya, rang undang-undang bekalan atau usul prosedur berkuat kuasa pada kestabilan kerajaan persekutuan akan dianggap telah meletak jawatan.

Akibatnya, kerusi ahli parlimen akan dikosongkan mengikut Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan, dan parti ahli parlimen itu mesti memaklumkan kekosongan itu kepada Speaker Dewan Rakyat, untuk notis diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil.

Bagaimanapun, Mas Ermieyati menegaskan bahawa Anwar tidak boleh bergantung kepada Artikel 49a untuk mendapatkan sokongan semasa undi percaya terhadapnya, yang dijadualkan pada Isnin, 19 Dis.

Mas Ermieyati berkata Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan mutlak kepada ahli parlimen untuk mengundi.

“Ugutan serta intimidasi yang dibuat melalui perjanjian MOU terhadap ahli parlimen dari parti-parti kerajaan ini adalah satu permulaan kepada pemerintahan ala diktator.

“Despotisme jenis baru ini tidak pernah disaksikan sebelum ini di dalam sejarah politik atau parlimen Malaysia,” katanya.

Perjanjian permuafakatan antara gabungan parti politik yang dimeterai semalam, membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin mampu meraih sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam sidang khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung 19 Disember ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian yang turut memaksa Ahli Parlimen mengosongkan kerusi sekiranya tidak menyokong Perdana Menteri dalam apa-apa usul juga, tidak pernah dilihat dalam mana-mana bentuk persefahaman atau undang-undang sebelum ini

kredit:mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *