Uncategorized

Muhyiddin Ditanya Betul Ke Kerajaan ‘Tak Bertahan Lama’, Jawapan Dia Beri Memang Makan Dalam

Muhyiddin Yassin menyatakan dia tidak tahu menahu sebarang maklumat berhubung kenyataan Shahidan Kassim yang memberi gambaran kerajaan persekutuan tidak akan bertahan lama.

Menurut pengerusi PN itu hal tersebut perlu ditanyakan terus kepada Shahidan sendiri yang dikatakannya mungkin mempunyai rancangan sendiri.

“Itu (kerajaan tidak bertahan lama) saya tak tahu… kena tanya Shahidan, ada agaknya perancangan dia. Kalau betul jadi, baguslah.

“Kita (PN) setakat hari ini terima kenyataan yang ada, tapi ke hadapan saya tak tahu apa yang akan berlaku,” katanya pada sidang media selepas program ceramah sempena pilihan raya kecil parlimen Padang Serai di Kulim, malam tadi.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya apakah benar ada usaha daripada PN untuk kembali menjadi kerajaan seperti dinyatakan Shahidan sebelum ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan ahli parlimen Arau berkenaan memberi gambaran wujud usaha tertentu sedang berjalan untuk memastikan PN menjadi kerajaan sekali lagi.

“Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku.

“Jadi kami sedang berusaha supaya kabinet ini tidak tahan lama dan insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat,” katanya.

Untuk rekod Shahidan merupakan salah seorang pemimpin kanan Umno yang tidak dicalonkan semula dalam PRU ke-15 baru-baru ini. Keadaan itu mendorong bekas menteri besar Perlis terbabit meninggalkan Umno dan bertanding sebagai calon PN.

Muhyiddin berkata jika pun kerajaan diterajui Anwar tidak akan bertahan lama ia bukanlah angkara PN.

“Tetapi mungkin ahli-ahli parlimen memikirkan apa masalah yang berlaku dalam kabinet dan kerajaan sekarang.

“Mungkin mereka rasa tak selesa, saya dah dapat juga maklumat sebegitu, mereka rasa janggal dan sebagainya. Apakah mereka yang akan buat keputusan tertentu? Wallahualam,” ujar anggota Parlimen Pagoh itu.

kredit: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *