Uncategorized

Muncul live di TikTok malam ini selepas sebulan bertarung ny4wa, Nad Zainal perjelas semua spekulasi sepanjang di ICU

SELEPAS sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru, pelakon Nad Zainal membuat kemunculan pertama menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Sabtu bagi menjelaskan keadaan terkininya.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, meluahkan rasa syukur apabila sudah dibenarkan keluar wad dan kembali ke pangkuan keluarga dan bertemua kedua-dua anaknya.

Kata Nad, keadaan kesihatannya masih belum sembuh sepenuhnya selain mudah mengalami masalah pernafasan pendek apabila terlalu banyak bercakap.

Pun begitu, menerusi video siaran langsung berkenaan, Nad yang mengenakan baju berwarna hitam dan tudung rona krim kelihatan ceria dan aktif selain tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada semua yang sering mendoakan kesihatannya.


Nad Zainal muncul di TikTok selepas sebulan dirawat di hospital.

“Pengalaman selama sebulan di hospital amat bermakna buat saya menghargai kehidupan saya dan lebih berhati-hati tentang kesihatan saya… menghargai orang sekeliling dan selalu buat pemeriksaan kesihatan serta menghargai semua makanan.

“Nafas saya masih pendek, tak boleh cakap banyak kerana paru-paru masih belum sembuh sepenuhnya.

“Apabila saya dah mula tercungap percakapan saya akan jadi laju atau terlalu perlahan… saya juga mengalami batuk tapi bukan kerana Covid-19,” katanya.

Tambah Nad, buat masa ini dia perlu menelen 11 biji ubat setiap hari bagi membantu proses penyembuhan selain perlu membuat senaman pernafasan.

Dalam pada itu, Nad turut mengambil kesempatan tersebut bagi menjelaskan beberapa spekulasi yang bertebaran sepanjang dia menerima rawatan dan ditidurkan.

Kata Nad, dakwaan kononnya dia sakit disebabkan kesan long Covid-19, menghidap sakit buah pinggang kesan pengambilan suplemen adalah tidak benar sama sekali.

“Semua dakwaan itu tidak benar. Saya hanya mengalami masalah paru-paru berdarah.

Nafas saya masih pendek, tak boleh cakap banyak kerana paru-paru masih belum sembuh sepenuhnya.

“Saya sendiri sukar nak jelaskan punca mengapa ia berlaku… tapi saya akan kongsi lebih lanjut mengenainya kelak,” katanya.

Sementara itu, Nad turut melahirkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan selebriti yang banyak membantu dia serta mengumpulkan dana bagi menampung kos rawatan sepanjang di hospital.

Malah Nad turut melahirkan rasa terharu terhadap rakannya, pelakon Ungku Ismail yang banyak membantu serta menjelaskan semua spekulasi tidak benar tentang keadaannya kepada orang ramai.

Nad memaklumkan, buat masa ini dia akan berehat daripada lakonan bagi membolehkan dia benar-benar sembuh sebelum kembali ke set penggambaran.

Nad Zainal berehat sementara dari lakonan.

“Saya ambil rehat selama dua bulan untuk persiapkan diri saya. Kalau nak berlakon pun saya nak persiapkan diri saya… saya nak kembali dalam keadaan sihat dan nak berikan yang terbaik kepada peminat yang mendoakan saya.

“Rakan-rakan dan keluarga pun minta saya untuk berehat dahulu dan tidak terus berkerja,” ujarnya.

Sebelum ini, pengarah tersohor, Shahrulezad Mohammedin memaklumkan Nad sudah mampu berbual dan ketawa serta menunjukkan perkembangan positif.

Malah, Shahrulezad juga memberitahu pelakon berkenaan telah dipindahkan daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.

“Untuk pengetahuan korang, keadaan Nanad (panggilan Nad Zainal) sekarang tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak di intubated.

“Malah, Nanad dah sedar. Dia juga sudah boleh berbual dan bergelak ketawa. Dia sudah boleh ke tandas sendiri walaupun kami melarang kerana paru-parunya masih belum kuat,” katanya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *