Uncategorized

Muncul Naib Juara Piala Dunia, Tapi Ramai Tak Tahu Maksud Sebenar Logo Ayam Skuad Bola Sepak Perancis

Hangat di media sosial mengenai kemenangan pasukan Argentina yang berjaya membawa pulang trofi juara Piala Dunia Qatar 2022.

Bila tengok logo skuad bola sepak Perancis, nampak macam ada bentuk ayam. Tapi betul ke tu ayam atau orang salah anggap macam logo satu kelab paling kelakar dekat EPL?

Haiwan yang ada dekat logo tu sememangnya ayam. Kenapa pula mereka pilih ayam? Macam kelakar pun ada, kenapalah tak pilih haiwan yang garang sikit.

Semuanya bermula zaman Rom dulu. Orang Rom suka ejek orang Frank sebagai gaul yang bermaksud ayam jantan. Lama kelamaan ejekan itu bertukar kepada lambang kebanggaan apabila Perancis menggunakan logo ayam jantan bermula era monarki.

Katanya ayam jantan itu bermaksud keberanian dan kemegahan. Memasuki era revolusi, ayam jantan telah berubah daripada lambang diraja kepada lambang rakyat dan negara. Malah ayam jantan menjadi simbol penolakan terhadap sistem beraja.

Ketika perang dunia pertama pula, ayam jantan diangkat sebagai simbol keberanian rakyat Perancis menentang segala anasir jahat yang cuba menjajah negara mereka.

Sejak itu, ayam jantan menjadi lambang kebanggaan orang Perancis. Jadi dekat Perancis ni korang boleh nampak begitu banyak lambang ayam jantan. Salah satunya adalah dekat jersi mereka.

-Oleh Azmil Azali

SUPERSTAR TREATMENT!

Ada satu detik di mana Mbappe hanya berseorang menerima urutan ketika pemain pemain lain mendengar taklimat taktikal.

Ia dianggap special treatment ataupun superstar treatment. Mbappe tak cedera dan masih cergas.

Benda macam ni sebenarnya memang berlaku. Coach akan cuba memberikan layanan lebih baik kepada star mereka. Sebab apa? Sebab mereka adalah star player.

Pemain lain mendengar taklimat, Mbappe diurut supaya dia boleh terus berlari laju ketika permainan disambung.

Kenapa dia tak dengar taklimat taktikal?

Tak perlu, sebab pemain seperti Mbappe adalah kunci kepada taktikal itu sendiri.

Arahan taktikal tetap akan berpaksi kepadanya.

Tapi benda ni kita tak akan selalu nampak sebab pemain pemain ni masa rehat kat bilik persalinan. Masa extra time ni la kita akan nampak.

Dulu lagi gila superstar treatment ni siap bagi pemain star pergi merokok kejap masa rehat separuh masa, pemain pemain lain dengar coach cakap apa.

Nak dapat superstar treatment macam ni kena jadi Mbappe. Tengok apa dia buat atas padang. Macam ni tak rugi la. Letak awek siam Masat situ pun tak apa.

Bangga Dengan Prestasi Mbappe, PU Riz Sempat Doa Cristiano Ronaldo Masuk Islam

Namun, pasukan Perancis yang telah tewas memberi kesan yang mendalam kepada semua peminat pasukan itu termasuk pendakwah selebriti, PU Riz.

Masih bangga

Menerusi satu posting yang telah dimuat naik, PU Riz tetap menunjukkan dirinya berbangga dengan prestasi Mbappe dalam perlawanan akhir itu.

Mr.Pe (Mbappe) takpe semalam dengan izin tuhan, game awak main sangat best. Walaupun kita sama-sama minat Abe Do ( Cristiano Ronaldo), terbukti Messi adalah player terbaik.

Dalam pada masa yang sama, pendakwah itu sempat mendoakan agar ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo diberi hidayah memeluk Islam.

Apa yang boleh kita buat sekarang adalah mendoakan abe Ronaldo masuk Islam sahaja. Semoga kita semua berjumpa di syurga.

Tapi apa-apa pun gambar edit PU Riz bersalaman dengan Mbappe tu memang gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *