Nad Cari Anaknya..”Dia seperti cari anaknya, boleh berckp tapi.. “

Pelakon, Ungku Ismail Aziz berkongsi keadaan terkini Nad Zainal yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

“Ada Waktu Dia Cuba Mahu Bercakap..”

Menurut Ungku, Nad kadangkala cuba mahu menggerakkan bibir untuk bercakap, namun masih tidak dapat difahami butir kata yang diucap olehnya.

“Dia adalah seperti semalam, cuma makin celik, mata laloknya semakin berkurangan. Alhamdulillah

Ada waktu dia mahu cuba bercakap, tapi sudah tentu nampak bibir je gerak dan tak faham. Maka selamat meneka apa yang dia cuba nak cakap masa tu. Mama Nad dapat teka dia bertanyakan anak dia,Yem.”-Kongsi Ungku Ismail

Perlu Rehat Yang Cukup

Tambahnya lagi, pihak doktor masih mahu Nad Zainal mendapat rehat yang secukupnya untuk mengelakkan kesihatannya terjejas.

“Doktor mahukan dia berehat sepenuhnya, jika dia stress dan struggle banyak, akan menjejaskan laporan harian kesihatan dia, dan langkah pulih seterusnya mungkin akan menjadi perlahan.”-Tambahnya lagi

Sama-sama kita doakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan yang cepat..

sebagi rekod, Keadaan terkini Nad Zainal difahamkan kian beransur sembuh walaupun masih menerima rawatan di hospital susulan jangkitan kuman pada paru-parunya. Baru-baru ini, rakan-rakan artis telah berikhtiar membantu Nad dengan membuka tabung sesama mereka dan juga kepada orang ramai untuk meringankan beban keluarga dalam membiayai kos rawatan pelakon tersebut.

Sumbangan rakan2 artis , Antara yang membuka tabung untuk Nad Zainal adalah Sharifah Shahirah dan rakan-rakan artis yang lain termasuklah Sherry Alhadad.

Dah cecah lebih RM18 ribu , Dalam perkongsian yang dibuat, dia telah memuat naik jumlah terkini tabung tersebut yang mencecah lebih dari RM18,000 .

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *