Uncategorized

“Nafas cungap2 lagi” – Nad Zainal Sebut Tentang Mimpi Ketika Ditidurkn, Jelaskan Hubungan Sebenar Dengan Ungku Ismail

Kuala Lumpur: “Pada waktu ini, dia individu yang rapat dengan saya. Saya sangat menghargai insan bernama Ungku Ismail Aziz.”

Demikian kata pelakon Nad Zainal mengenai status hubungannya dengan pelakon itu ketika siaran langsung di TikTok, hari ini selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru.

Nad berkata, Ungku Ismail banyak membantu dan menjawab segala spekulasi mengenai dirinya.

“Dia banyak membantu beri semangat dan menjawab segala spekulasi. Itu sajalah. Saya tak nak jawab lagi,” katanya.

Menurut Nad, dia begitu terharu apabila ibu bapanya dan rakan-rakan tidak henti-henti bertanya khabar dan risaukan keadaan kesihatannya.

“Waktu sakit kawan-kawan terdekat begitu merisaukan keadaan kesihatan saya. Begitu juga dengan ahli keluarga.

“Keluarga saya sangat kuat. Walaupun saya anak yang degil tapi mereka tetap bersama saya.

“Sepanjang ditidurkan juga saya selalu terbayangkan wajah anak-anak dan ibu bapa saya,” katanya.

Nad Zainal memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang ke rumah dan memerlukan berehat secukupnya selepas sebulan bertarung nyawa akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi TikTok, pelakon berusia 32 tahun bersyukur apabila diberi peluang kedua meskipun masih mengalami gejala nafas pendek dan dilihat tercungap-cungap.

Nad berkata, dia juga terharu dengan keprihatinan rakan artis yang menjayakan tabung dana kecemasan bagi menampung kos rawatannya selain tidak lupa mengadakan majlis doa selamat serta solat hajat.

Malah, pelakon drama Cina Buta itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan netizen yang berterusan menitipkan doa agar dirinya kuat sepanjang tempoh ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Bercerita lanjut, Nad mengakui dirinya memerlukan tempoh untuk beberapa bulan sebelum kembali ke set penggambaran sekali gus dapat memberikan lakonan terbaik, bukan sekadar ‘bekerja’ semata-mata.

Sementara itu, dia menyifatkan pengalaman berjuang disebabkan penyakit itu selama sebulan pasti menjadi kenangan yang sukar dilupakan dalam kehidupannya.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui akan lebih cakna mengenai kesihatan diri selain menyedarkan dirinya bagi menghargai orang di sekeliling.

Di penghujung siaran langsung, Nad memaklumkan dia akan berkongsi cerita lebih lanjut seperti pengalaman ditidurkan, mimpi yang dialami dan sebagainya pada masa akan datang.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *