Baru-baru ini, pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Masyuri meluahkan rasa keterujaannya apabila berpeluang memakai telekung yang berharga RM6,080 ketika mengerjakan umrah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Haliza di laman TikToknya, dia menegaskan bukan berniat untuk menjadi riak namun, ia merupakan impian dan hasratnya selama ini.
“Bukan riak, tapi inilah yang saya pinta pagi petang siang malam. Nak jadi tetamu VIP Allah,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Tiada istilah tetamu VIP Allah
Namun begitu, disebalik keterujaan yang dikongsikan oleh usahawan yang berusia 41 tahun itu telah mencetuskan pelbagai reaksi negatif dan cemuhan dalam kalangan netizen yang mendakwa tiada istilah tetamu VIP untuk menjadi tetamu Allah.
Tegas mereka, Allah hanya menilai hambanya berdasarkan amalan yang dilakukan tanpa melihat dari segi harta sama ada miskin ataupun kaya.
Betulkan balik niat, itu paling penting

Bukan itu sahaja, mereka turut meminta agar Haliza membetulkan kembali niat asalnya kerana bimbang ibadah yang dilakukannya itu tidak diterima Allah.
Berikut pula reaksi dari Cikgu Fadli Salleh
“Pakai telekung harga RM6K baru jadi tetamu Allah?
“Harga iman tidak semurah ini kakak. Tetamu VIP Allah itu bukan terletak pada pakaian solat paling mahal.
“Tidak juga diukur pada hotel paling dekat dengan Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Tidak juga dilihat pada banyaknya sedekah pada fakir sambil selfie dan buat video.
“Bahkan tetamu VIP Allah taala ni mungkin gelandangan yang cuma tidur ditepi pagar Masjidilharam, yang iktikaf selama masa dalam masjid.
“Yang datang buat umrah cuma cukup-cukup duit tambang, pakaian lusuh tapi bersih, yang hanya menunggu makanan sabil dari insan dermawan.
“Namun hati mereka penuh bersih, tulus ikhlas mencari keampunan dan rahmat Tuhan.
“Tidaklah salah beli pakaian solat mahal dan berkualiti tinggi. Namun adalah salah mengatakan hanya pakaian mahal sahaja layak menjadi tetamu VIP Allah.
“Hentikanlah iklan dan marketing murahan begini. Ia menunjukkan dangkalnya akal dalam membuat bisnes.
Khalas.
#MFS
– Sollu alannabi –
Nak Telekung murah? https://shope.ee/2VIhv9Ecds