Uncategorized

Nasib Tak Baik Dapat Penyewa Janda, Tak Sangka Ini Yang Janda Tu Buat Dgn Rumah

KEBAIKAN pasangan ini bagaikan dikhianati apabila penyewa tergamak meninggalkan rumah yang disewa mereka dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu, ia sudah pasti menyusahkan tuan rumah serta penyewa lain yang bakal menyewa kelak.

Ujar wanita ini di TikTok, niat baiknya untuk memberikan kesenangan kepada penyewa nampaknya sia-sia.

*GAMBAR JANDA SEKADAR HIASAN YA*

Menurut pemilik rumah dua tingkat di Kluang, Johor ini, dia sanggup memasang awning serta tetapkan sewa bulanan serendah RM400 sebulan demi keselesaan penyewanya.

Bagaimanapun, apabila bank menaikkan kadar faedah, jumlah sewaan juga terpaksa dinaikkan sebanyak RM50 demi kesan jangka panjang.

“Apabila sewakan rumah memang kita haraplah orang jaga rumah kita elok-elok.

“Kita fikir nak orang selesa, sebab tu pasangkan awning siap mozek dekat car porch dengan sewa sebulan RM400 sahaja. Mana nak dapat zaman ni?

“Kita nak orang tu selesa, minta sewa sebulan RM400 saja… apabila rate bank naik, barulah naikkan sewa RM450 sebulan,” ujarnya menerusi kapsyen video.

Kata pemilik rumah yang menggelar keadaan kediaman ditinggalkan sebagai ‘rumah puaka, penyewa tersebut merupakan seorang wanita berstatus janda.

Tak padan dengan janda… tinggalkan macam rumah puaka.

Lebih menyakitkan hati apabila wanita itu juga didakwa sentiasa culas untuk membayar sewa rumah sebelum meninggalkan premis itu selamanya.

“Sewa manjang (asyik) tunggak, tapi dia claim bayar terlebih. Apabila minta, banyak alasan siap ugut kita pula lagi.

“Tak padan dengan janda. Tinggalkan macam rumah puaka,” ujarnya lagi.

Keadaan suasana bilik tidur.

Berdasarkan video yang dikongsikan, keadaan rumah itu ditinggalkan dalam keadaan yang menyedihkan.

Perabot yang tersedia di rumah dua tingkat itu juga rosak selain turut ‘menyimpan’ sisa najis haiwan dalam kabinet dapur.

“Sekali masuk rumah bau kencing, bau taik bukan main kuat. Macam campur kencing tikus dan kucing,” katanya sambil memaklumkan penyewa hanya meninggalkan kunci rumah di dalam peti surat kerana enggan bersemuka dengannya.

Hantaran dikongsikan wanita ini meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-ratanya terkejut dengan harga sewaan dikenakan kepada penyewa yang tidak reti bersyukur ini.

“Kenapalah tuan rumah yang baik-baik tak jumpa dengan penyewa baik. Kami ni kerosakan rumah pun kena tanggung sendiri. Patutnya tuan rumah.

“Sewa RM400 dua tingkat. Ada peralatan kemudahan lagi. Kau nak apa lagi jemah oi.

“Rumah dua tingkat RM450? Murah betul! Berapa ramai duduk dalam tu, hauk betul jadinya,” komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, terdapat netizen memberikan cadangan agar rumah sewa tersebut lebih baik dijadikan homestay sahaja.

VIDEO,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *