Tak lama lagi, pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya akan berentap bagi merebut kejuaraan pada kempen Piala AFF Mitsubishi Elektrik yang bakal berlangsung pada penghujung Disember 2022 akan datang.
Namun begitu, timbul pula perkara kurang enak yang berlaku dalam skuad kebangsaan kita selepas terdapat 12 orang pemain yang menolak untuk mewakili skuad kebangsaan dengan 11 daripadanya merupakan pemain JDT.
Kim Pan-Gon dedah ini kali pertama berlaku padanya sepanjang berkhidmat sebagai jurulatih
Memetik laporan Utusan, Kim Pan-Gon yang memaklumkan bahawa beliau tidak pernah jumpa dan berdepan dengan situasi di mana pemain menolak untuk menyertai skuad kebangsaan sepanjang kariernya sebagai jurulatih bola sepak.

Ya, dalam karier saya ini adalah pertama kali. Saya bekerja di sini, di Malaysia, jadi saya harus menyesuaikan diri dan menerima apa sahaja perubahan, saya tidak mahu merungut.
Lagipun perkara sebegini memang boleh berlaku kerana ia termaktub dalam peraturan FIFA, saya terima keputusan dan kepada pemain-pemain yang sertai kami, kami berikan layanan yang baik kepada mereka dan cuba jadikan pasukan ini satu pasukan yang baik.
TMJ tempelak kenyataan Kim Pan-Gon
Tidak berdiam diri, Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang juga merupakan pemilik pasukan JDT menempelak kenyataan dikeluarkan Kim Pan-Gon menerusi Insta storynya.
TMJ menjelaskan bahawa para pemain mempunyai sebab mereka sendiri untuk menolak daripada mewakili skuad kebangsaan sempena kempen Piala AFF Suzuki pada kali ini.
TMJ juga memaklumkan bahawa para pemain juga merupakan manusia biasa yang memerlukan rehat selepas sekian lama berkhidmat untuk pasukan mereka bagi saingan liga Malaysia.
Pemain tidak menolak buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili skuad kebangsaan. Tetapi pemain juga adalah manusia yang bekerja, training, main, sejak bulan Januari. Manusia mana kerja tanpa cuti?
Apabila liga atau pertandingan domestik kita break, pemain national team tiada break kerana mereka ada training camp selama 3 minggu.
TMJ turut mendakwa bahawa terdapat pihak yang mahukan kejayaan buat skuad kebangsaan tetapi langsung tidak mempunyai sikap peri kemanusiaan.
Mereka manusia macam kita. Semua buta nak kejayaan tetapi tiada initiative sikap kemanusian. Itu pasal tak ke mana.
Apa punya pemimpin atau ketua tiada simpati terhadap pekerjanya? Tiada rasa segan. Yang bayar gaji dan invest adalah club bukan awak.
Harapnya perkara sebegini dapat diselesaikan dengan elok. Kalau beginilah gayanya macam mana bola sepak kita nak maju?
Pan Gon tak pernah jumpa pemain ‘tolak’ skuad kebangsaan
Terdahulu Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui, ini kali pertama sepanjang kariernya sebagai jurulatih menyaksikan pemain menolak panggilan pasukan kebangsaan.
Pengendali berusia 53 tahun itu yang pernah membimbing skuad kebangsaan Hong Kong dan beberapa kelab di Korea Selatan sejak 20 tahun lalu bagaimanapun tetap tenang menghadapi keadaan tersebut.
Walaupun pertama kali berdepan situasi itu, Pan Gon dilihat profesional apabila langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kekecewaan, sebaliknya tetap bersemangat untuk membentuk skuad terbaik menjelang saingan Piala AFF bermula 21 Disember ini.
Beliau juga menerima keputusan di mana kempen Piala AFF yang berlangsung di luar jendela perlawanan antarabangsa membolehkan kelab atau pemain menolak panggilan skuad kebangsaan.
“Ya, dalam karier saya ini adalah pertama kali. Saya bekerja di sini, di Malaysia, jadi saya harus menyesuaikan diri dan menerima apa sahaja perubahan, saya tidak mahu merungut.
Sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi ini.#Sanctband #SanctbandGlobal pic.twitter.com/nnqXEHZam4
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 30, 2022
“Lagipun perkara sebegini memang boleh berlaku kerana ia termaktub dalam peraturan FIFA, saya terima keputusan dan kepada pemain-pemain yang sertai kami, kami berikan layanan yang baik kepada mereka dan cuba jadikan pasukan ini satu pasukan yang baik,” katanya.
Sebelum ini, 12 tonggak Harimau Malaya, 11 daripadanya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) – Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanafi, Akhyar Rashid, Matthew Davies, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Syahmi Safari, Shio Hong Wan dan Natxo Insa tidak dapat menyertai Harimau Malaya.
Terbaharu dua pemain Kuala Lumpur City, Akram Mahinan dan Declan Lambert turut menolak panggilan berkenaan.
Kempen Piala AFF kali ini menyaksikan Malaysia diletak dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura.
Harimau Malaya dijadual menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember ini, di Bukit Jalil dan Stadium Kuala Lumpur .
Pan Gon turut mengakui kesempatan ini peluang terbaiknya menilai kemampuan dan prestasi pemain lain.
“Perpaduan adalah nilai negara Malaysia jadi daripada kita pisahkan pemain-pemain, lebih baik kita bersatu,” ujarnya
Kredit: Utusan | Instagram TMJ