Hiburan

Pelik Anwar Ibrahim Tak Ambil Gaji PM Dan Menteri Kewangan, Ini Reaksi Fizz Fairuz Buat Ramai Terfikir

Susulan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10, beliau dengan tegasnya memaklumkan bahawa sama sekali tidak akan mengambil gajinya sebagai PM dan juga sebagai Menteri Kewangan.

Kenyataan yang dikeluarkan Anwar itu mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Ada di antaranya memuji tindakan Anwar itu bahkan ada juga yang menyatakan itu hanyalah wayang semata-mata.

Fizz Fairuz hairan Anwar taknak ambil gaji

Terbaru, pelakon Fizz Fairuz tampil memuat naik satu hantaran memberikan komennya terhadap isu ini menerusi Insta storynya.

Menerusi perkongsiannya itu, Fizz Fairuz seakan-akan mempersoalkan pendirian Anwar yang tidak mahu mengambil wang gajinya sebagai PM dan Menteri Kewangan.

Macam mana ek kerja tanpa gaji? Kalau aku tak boleh ooo.

Apalah yang awak nak pelik Encik Fizz Fairuz oi? Dia tak ambil gaji pun banyak lagi elaun dia yang lain. Cuba pandang dari sudut yang positif sikit, ye tak?

Anwar tak terima RM15 juta jadi Penasihat Ekonomi Selangor

Dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima RM15 juta semasa menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dianggap sekadar pengulangan fitnah dan hanya mengaburi fikiran rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata, perkara itu dinafikan berulang kali termasuk dalam jawapan rasmi Menteri Besar ketika itu Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurutnya, semasa tempoh Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya diberikan gaji simbolik RM1 setahun.

“Gaji tersebut tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh lantikan, malah beliau tidak menerima sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji RM1 tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Juwairiya membuat kenyataan itu susulan Muhyiddin mendakwa Anwar menerima RM15 juta ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dalam kempen ceramah di Parlimen Padang Serai, baru-baru ini.

Juwairiya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati memberitahu perkara itu jelas tertera dalam ‘Hansard’ (penyata rasmi) DUN Selangor menerusi jawapan kepada soalan oleh ADUN.

“Dengan mengitar semula rekaan yang tidak berasas ini menunjukkan keterdesakan dan kemuflisan modal politik PN dalam usaha kempen mereka setelah gagal membentuk kerajaan Persekutuan.

“Tindakan menabur fitnah serta dakwaan palsu bagi mengaburi fikiran rakyat ini sangat tidak bertanggungjawab dan jelas terkeluar dari nadi politik Melayu-Islam yang selalu mereka dendangkan,” ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, pengundi Parlimen Padang Serai wajar menolak PN dalam pilihan raya kerana masih mahu menagih undi dengan fitnah dan rekaan.

“Saya percaya di pihak Perdana Menteri wajar mengambil tindakan selanjutnya bagi menghalang pengulangan fitnah ini terus dijaja,” jelas beliau.

Kredit: Instagram Fizz Fairuz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *