Uncategorized

Pernah diperlekeh kerana bina rumah terapung, kini warga emas ini mampu tersenyum apabila ciptaannya berhasil

Berbulan sebelum ini, seorang warga emas, A. Bakar Che Ahmad menjadi mangsa kritikan segelintir nurtizen yang memandang rendah dengan keupayaannya membina rumah terapung bagi menghadapi musim banjir.

Difahamkan, warga emas berusia 67 tahun itu telah melakukan inovasi selepas dia dan isteri, Fatimah Salleh, 61, mendapati rumah mereka semakin usang apabila ditenggelami bah saban tahun.

Katanya, rumah berkenaan diperbuat daripada kayu dan telah disokong dengan 69 biji tong plastik yang bakalberfungsi sebagai pelampung apabila musim banjir tiba nanti. Tambahnya lagi, kos pembinaan rumah kelong itu memakan perbelanjaan kira-kira hampir RM47,000 dengan sokongan daripada tujuh orang anaknya.

Rumah terapung akhirnya telah berfungsi

Terbaharu, bekas pemandu lori itu mampu tersenyum lebar apabila rumahnya kini terapung di mana saat ini air banjir sedang melanda di kampungnya terletak di Kampung Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu.

Ia dapat dilihat menerusi hantaran yang dikongsikan oleh salah seorang anaknya di platform TikTok, pada hari ini.

VIDEO

Dalam hantaran berkenaan, dia memberitahu rumah itu telah diikat pada dua tiang setinggi enam meter yang dibina pada sisi kiri dan kanan. Ia dibuat bagi memastikan rumah tersebut tidak hanyut selain mengambil banyak faktor termasuk kel4juan arus banjir sebelum membinanya.

Terdahulu, bapanya pernah memberitahu rumah kelong tersebut mampu terapung pada musim banjir pada ketinggian sehingga mencapai lima meter!

Alhamdulillah, tahniah pakcik! usaha tak pernah khianat hasil

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana masing-masing teruja dan kagum dengan hasil yang diusahakan oleh warga emas bersama anak-anaknya.

Sumber: kucingpink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *