Kuala Lumpur – Penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro memberitahu anak lelakinya mengalami kera.cunan makanan sehingga terpaksa dikejarkan ke h.opsital selepas pulang dari Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 36, berkata semasa di Bangkok dia bersama anak kedua iaitu Had Thaqif sempat berjalan-jalan sambil mencuba juadah di sana bagaimanapun hanya anaknya sahaja mengalami ker.acunan makanan.
Anak saya nombor dua, dia pergi masuk perlawanan bola sepak dekat Bangkok baru-baru ini. Dekat sana kami jalan-jalan cari makan tapi bila balik dia kata s.akit perut d.emam, makan pun tak nak m.untah-m.untah. Saya dah mula terfikir apa yang kami makan dekat sana.

Ramai Mendoakan Cepat Sembuh
Tapi tak nak s.alahkan makanan mungkin ada p.unca lain yang kita tak tahu. Kami berlima pun makan makanan streetfood dekat sana tapi semua okay hanya dia seorang sahaja ada si.mptom macam itu.
“Kami bagi dia ubat biasa sahaja tapi tak kebah. Bila tak kebah kami bawa ke klinik tapi masih sama sampai akhirnya kami bawa ke h.ospital pula. Doktor yang merawat kata dia ker.acunan makanan dan terdapat j.angkitan k.uman pada u.sus dia,” katanya.
Sebelum ini, Ajak ada memuat naik video di Instagram miliknya yang memaparkan Had berbaring di katil h.ospital.
Berkongsi lebih lanjut, Ajak memaklumkan keadaan anaknya semakin membaik selepas menerima rawatan di h.ospital dan akan terus ditahan di wad selama beberapa hari lagi.
Bila dah masuk h.ospital tengok keadaan dia semakin pulih harap-harapnya dia dapat sembuh dengan cepat. Ini hari kedua, doktor kata paling minima dia ditahan tiga hari atau paling lama enam hari ikut kadar kesihatan dia.
“Dia dah boleh main telefon dan tengok televisyen nak bandingkan sebelum ini yang tidur sahaja. Dah mula minta makan okay la itu,” katanya lagi.
Sebagai seorang bapa, Ajak memberitahu bahawa dia agak risau melihat keadaan anaknya itu walaupun luarannya dia terlihat kuat.
Ayah ini nampak sahaja tidak risau, tapi dalam hati dia risau. Bila tengah kerja fikir anak demam alamak risau pula rasa tapi orang kata ayah ini walaupun risau nak tak nak kena tunjuk gagah bawa pergi h.ospital suruh tahan dan kuat tapi dalam hati rasa kesian.
“Saya sebagai ibu bapa tak nak anggap perkara ini e.nteng sampai tidur pun saya fikir kerana takut doktor kata saya dah terlambat hantar dia ke h.ospital,” luahnya lagi.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!