Uncategorized

Piala AFF: Selepas Ramai Tak Puas Hati Dgn Keputusan K0ntroversi, Ini Permintaan Ryuji Sato Kepada Penyokong Malaysia

Keputusan pengadil perlawanan, Ryuji Sato, memberikan sepakan penalti dan kad merah yang penuh kontroversi meranapkan peluang Malaysia untuk menamatkan kemarau kemenangan ke atas Vietnam apabila tewas 3-0 di Stadium Kebangsaan My Dinh, sebentar tadi.
Malaysia menuju masuk ke perlawanan ketiga peringkat kumpulan B bertemu Vietnam mengumpul enam mata, susulan kemenangan ke atas Myanmar dan Laos sebelum ini.

Skuad Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan utama yang berbeza kali ini, Darren Lok serta Lee Tuck kembali memperkuatkan jentera serangan sementara Syihan Azmi bertindak sebagai penjaga gawang utama pasukan.

Malaysia berjaya merencanakan serangan di awal permainan, namun gagal menemui sentuhan penyudah untuk mendapatkan jaringan.

Tuan rumah berjaya membuka jaringan menerusi tandukan Nguyen Tien Linh pada minit ke-29 menewaskan Syihan.

Vietnam terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain apabila Nguyen Van Toan dilayangkan kad kuning kedua empat minit kemudian.

Kelebihan dimiliki Malaysia itu gagal digunakan sebaik mungkin apabila Vietnam tidak kelihatan seperti pasukan yang beraksi dengan 10 pemain dan turut berjaya mengasak kubu pertahanan negara dalam usaha untuk melebarkan kedudukan.

Situasi penuh kontroversi berlaku apabila Vietnam dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-60 berikutan pelanggaran melibatkan Azam Azmi Murad dan Doan Van Hau serta selepas perbincangan pengadil perlawanan, Ryuji Sato melayangkan pula kad merah kepada pertahanan negara itu dan Que Goc Hai memastikan Vietnam mendahului 2-0.

Ini bukanlah kali pertama pengadil tersebut menjadi dalang di sebalik kekalahan skuad negara, ia susulan tindakan Sato yang pernah mengadili perlawanan Piala Dunia Russia 2018 itu menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika aksi pertembungan berbaki 10 minit di di Stadium Al Maktoum, Dubai, sekali gus menyaksikan Malaysia tewas 1-2.

Malaysia terus dirundung malang apabila ketinggalan dengan tiga jaringan apabila sepakan sungkit Nguyen Hoang Duc bijak mengatasi Syihan.
Kekalahan ini ternyata mengecewakan Malaysia namun perjuangan harus diteruskan dalam aksi berikutnya bertemu Singapura 3 Januari nanti

Malaysia tiada alasan pertikai, merungut keputusan pengadil'”-Jurulatih Vietnam

HANOI: Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo memberi gambaran bahawa Malaysia tiada alasan untuk merungut terhadap keputusan pengadil ketika aksi Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, malam ini.

Pengendali dari Korea Selatan itu menegaskan bahawa bola sepak adalah sukan yang mempunyai peraturan dan mana-mana pemain yang melakukan kesalahan akan dihukum.

Hang Seo menegaskan tiada alasan untuk Malaysia pertikai keputusan pengadil. – Foto BERNAMA
“Bola sepak adalah sukan di mana kami perlu lakukan apa yang boleh untuk menang, tapi bola sepak juga ada peraturan. Jadi, jika melanggar peraturan, anda akan dihukum,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Berikut status di muat naik oleh pengadil dari Jepun selepas akaun media sosial tervk dikec3m oleh peminat bola sepak tanah air

 

Pemain pasukan Vietnam meraikan jaringan pertama pada aksi perlawanan Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh malam ini. – Foto BERNAMA
Vietnam melebarkan rekod tanpa kalah berdepan Malaysia apabila mencipta kemenangan 3-0 dalam aksi Kumpulan B itu dan merampas kedudukan teratas.

Bagaimanapun aksi itu terpalit kontroversi selepas pengadil dari Jepun, Sato Ryuji memberikan sepakan penalti kepada Vietnam pada minit ke-59.

Keputusan itu cuba dibantah barisan pemain Harimau Malaya kerana tiada kekasaran yang dilihat dilakukan Azam Azmi Murad ke atas Doan Van Hau di dalam kotak penalti melainkan berlaku pergelutan dua pemain itu di luar padang selepas kedua-duanya terjatuh ketika merebut bola.

Insiden itu turut menyaksikan perlawanan terhenti kira-kira lima minit dan nasib lebih malang menimpa Harimau Malaya apabila Azam dilayangkan kad merah sebelum Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *