Hiburan

PM Anwar Umum Senarai 27 Timbalan Menteri, Tapi Hanya Dua Timbalan Menteri Ini Tidak Tersenarai Buat Ramai Tertanya2

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Pontian dari Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari Pakatan Harapan itu akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

Pengumuman jawatan itu dibuat Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri, di sini malam ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyenaraikan dua timbalan menteri iaitu di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Perpaduan Negara dalam pengumuman rasmi di sini malam ini.

Ini bermakna, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menerajui penuh dalam hal ehwal agama manakala Ago Anak Dagang bagi Kementerian Perpaduan Negara.

Tiada lantikan Timbalan Menteri Agama

PETALING JAYA – Tiada pelantikan dibuat bagi jawatan Timbalan Menteri Agama di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Ia susulan, tiada pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung jawatan tersebut pada sidang akhbarnya di Putrajaya sebentar tadi.

Sebelum ini, jawatan tersebut disandang Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini melantik Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar sebagai Menteri Agama.

Secara keseluruhan, seramai 27 Ahli Parlimen dilantik sebagai Menteri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pada 2 Disember lalu.

Upacara angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada 3 petang, esok. Berikut senarai penuh Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Rubian Wang

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Siti Aminah Aching

Timbalan Menteri Pengangkutan
Hasbi Habibullah

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Chang Fong Chin

Timbalan Menteri Ekonomi
Datuk Hanifah Taib

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Menteri Pertahanan
Adly Zahary

Timbalan Menteri Kerja Raya
Datuk Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Liew Chin Tong

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Seri Yusuf Apdal

Timbalan Menteri Sains dan Teknologi
Datuk Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
Ramkarpal Singh

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Saraswathy Kandasami

Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Mohamad Alamin

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Khairul Firdaus Akbar Khan

Timbalan Menteri Komunikasi Digital
Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Pendidikan
Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Adam Adli

Timbalan Menteri Sumber Manusia
Mustafa @ Mohd Yunus Sakmud

Timbalan Menteri Kesihatan
Lukanisman Awang Sauni

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Wilson Ugak Kumbong

KOSMO! ONLINE

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *