Uncategorized

Pnonton Cakap Janna Nick Nak Copy Jadi KakLina Prgram Famil Duo. Ini Kat-Kata Dia Nak Bagi Ramai Faham

Kuala Lumpur – Famili Duo, program realiti nyanyian TV3 kembali dengan musim baharu menampilkan tujuh pasangan selebriti p.opular Malaysia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3.

Famili Duo ialah program realiti nyanyian yang unik dan berlainan daripada program-program yang lain di mana ia menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti p.opular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Selepas perkenalan musim pertamanya pada 14 Februari 2021, Famili Duo telah mencapai objektifnya yang bertujuan mengangkat nilai kekeluargaan serta mengeratkan lagi silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga menerusi muzik.

Musim baharu Famili Duo dibawakan khas oleh Penaja Bersama iaitu Good VirtuesCo dan Polident. Program 8 episod ini menggandingkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

Ia menyaksikan tujuh pasangan selebriti p.opular yang mempunyai hubungan kekeluargaan b.erentap pada setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan iaitu RM 10,000.

Lebih menarik, para finalis Famili Duo untuk musim baharu ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM 100,000 di pentas akhir nanti. Pemarkahan ditentukan oleh juri tetap dan undian atas talian oleh penonton.

Janna Nick Jawab Komen

Selebriti serba boleh, Janna Nick menjawab d.akwaan sesetengah netizen yang mengatakan dia meniru cara pengacaraan Elly Mazlein.

Mengemudi program Famili Duo TV3 bersama Sean Lee, warganet meluahkan pendapat di media sosial sepanjang program itu berlangsung dengan mendakwa Janna tryhard ingin menjadi seperti Elly yang dikenali dengan nama Kak Lina.

Saya tak tryhard, tapi ini adalah permintaan penerbit. Bukan untuk saya jadi seperti Kak Lina Pom Pom, tidak.

Saya tak buat kajian pun cara Kak Lina mengacara. Jika betul-betul nak jadi dia, saya memang tiru sebijik apa yang Kak Lina buat.

Tapi ini adalah permintaan penerbit. Penerbit mahukan saya 100 peratus mewakili peserta dan saya bersuara untuk peserta. Jadi saya memang kena l.awan juri.

Mungkin orang akan cakap, kenapa Janna Nick lebih-lebih sangat dengan juri, kenapa buat juri macam kawan-kawan, kenapa kena bersuara bagi pihak peserta?.

“Itu adalah apa yang penerbit minta saya buat, untuk bersuara bagi pihak peserta. Jika ada kata-kata juri yang agak panas saya kena suarakan. Saya kena bersuara bagi pihak peserta dan itu adalah permintaan penerbit.

“Sebagai pengacara yang dibayar gaji untuk melakukan perkara tersebut, saya kena tonjolkan DNA Famili Duo,” katanya.

Janna juga tenang menjawab k.ritikan mengenai cara dia mengendali Famili Duo yang dianggap b.ingit.

B.ingit itu saya memang akui, kesilapan saya. Pada awal acara, mikrofon saya mengalami m.asalah. Saya tak dapat mendengar suara saya, jadi ketika itu saya anggap orang tak dengar, saya anggap di kaca TV pun tak dengar, jadi saya bercakap dengan lebih kuat bila saya ingat orang tak dengar.

“Bila dah tukar mikrofon, baru semuanya baik semula. Apabila saya melihat komen orang lain, baru saya sedar lontaran suara kuat dan selepas itu saya perlahankan suara saya,” katanya lagi.

Tujuh pasangan selebriti yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM 100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Kredit : TV3/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *