Meskipun kontroversi rumah tangga kembali panas sejak minggu ini, pelakon Puteri Sarah Liyana tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.
Bye Malaysia
Terbaru, Puteri Sarah memilih untuk ‘bawa diri’ dengan anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah ke Tokyo, Jepun.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah dilihat berada di lapangan terbang pada awal pagi Jumaat.
Aktres berumur 37 tahun ini dijangka akan pulang ke Kuala Lumpur pada awal Januari tahun depan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyuruh pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berseronok tanpa memikirkan isu yang melibatkan individu yang didakwa menjadi perosak rumah tangga, Ira Kazar.

Gelak saja okey
Sementara itu, di Instagram Stories, pelakon drama Melastik Ke Hatimu sempat menitipkan pesanan kepada ibunya untuk kekal tenang.
Bye nanny (nenek). Jangan menangis. Kita balik tahun depan. Gelak saja okey, tenang-tenang.
Bercuti ke Jepun, Puteri Sarah diminta bawa balik ‘roh’ Yakuza
PETALING JAYA – Selepas kisah kemelut rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof kembali memanas beberapa hari lalu, Puteri Sarah ‘menenangkan diri’ dengan berangkat ke Jepun bagi bercuti bersama anak-anaknya.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu memuat naik video dan beberapa keping gambar menunjukkan keberadaannya bersama anak-anak di lapangan terbang.
Puteri Sarah, 37, membawa dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3, bercuti di Tokyo, Jepun dan dijangka pulang ke tanah air pada awal Januari depan.
“Selamat tinggal Malaysia. Jumpa tahun depan,” tulis Puteri Sarah dalam sebuah video pendek Instagram.
Perkongsian pelakon itu menuai komen daripada peminat yang berharap dia seronok bercuti dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
Tidak kurang juga yang melihat percutian dinikmati Puteri Sarah adalah hasil usaha sendiri tanpa perlu menggunakan wang suami.
“Perempuan akan kuat bila berduit. Tak hairan dah. You go Kak Sarah. Selamat bercuti,” kata peminatnya.
“Balik Malaysia bawa pulang Yakuza kak, kasi setel orang ketiga tu,” komen seorang pengguna Instagram lain.
Sementara itu menerusi ruangan Insta Story, pelakon itu sempat berseloroh akan membawa balik sebilah pedang Yakuza sebaik pulang dari Tokyo ketika menjawab sebuah hantaran daripada rakannya.
Rakan pelakon itu menulis, dia mendoakan agar Puteri Sarah pulang dengan membawa pulang ‘roh’ Yakuza kerana ada pengajaran yang perlu ditunjukkan (merujuk terhadap konflik rumah tangganya).
Beberapa hari lalu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul kembali menjadi perhatian selepas pengarah filem Mat Kilau itu didakwa sudah pun berkahwin dengan anak pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Syamsul bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Jawi sebanyak RM10 juta.
Tindakan tersebut dilakukan pengarah itu kerana mendakwa Jawi mengeluarkan satu ke
SUMBER BH ONLINE
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana