Rafizi pertahan ‘formula’ kawal harga barang, Sekali kena sound dengan Pakar Ekonomi

SHAH ALAM – Mengharapkan golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan permintaan terhadap barangan sebagai langkah mengekang kenaikan harga adalah tidak wajar, tegas Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang menasihatkan pengguna untuk tidak membeli barangan dijual oleh peniaga yang melebihi daripada harga purata.

Beliau berpandangan, kenaikan harga perlu dibendung dengan menurunkan permintaan adalah kenyataan yang ‘terlalu mudah’.

“Ia seolah-olah menggambarkan penurunan permintaan adalah antara penyelesaian kenaikan harga. “Intervensi untuk meningkatkan keanjalan permintaan kumpulan berpendapatan rendah? Ini tidak betul dan tidak wajar.

“Dalam kes yang ekstrem, adakah tiada permintaan langsung merupakan langkah efektif membendung kenaikan harga? Ini bukan penyelesaian!” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Rafizi ketika sidang akhbar penerbitan indeks harga pengguna (IHP) November 2022 pada Jumaat berkata, sekiranya pengguna tidak membeli produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia bakal memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Noor Azlan yang juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) berkata, Rafizi mencadangkan intervensi permintaan dilaksanakan tanpa memperincikan bentuk intervensi yang akan diambil.

“Ramai yang menghubungi saya bertanya mengenai kenyataan ini. Sebaiknya pihak berkenaan lebih berhati-hati dan memahami secara menyeluruh dalam mengutarakan cadangan penyelesaian ke atas masalah ekonomi. Dapatkan pakar ekonomi yang betul.

“Kaji secara terperinci apakah punca yang menyebabkan kenaikan harga, bukan ‘kesan-akibat’ kenaikan harga. “Apakah faktor yang menyumbang pada kenaikan harga makanan sejak kebelakangan ini? Pastinya bukan disebabkan oleh peningkatan permintaan, permintaan stabil dan tiada lonjakan akibat musim perayaan,” jelasnya.
Ujar beliau, besar kemungkinan peningkatan harga barangan berpunca daripada kekurangan bekalan.

Katanya, dengan kadar pengeluaran kendiri pengeluaran ayam dan telur ayam mencecah 104 peratus dan 115 peratus, jelas menunjukkan kenaikan harga tersebut berpunca daripada bekalan.

“Bekalan kurang disebabkan oleh pengurangan pengeluaran oleh pengeluar tempatan atau pun bekalan dieksport ke pasaran yang lebih menguntungkan.

“Mengharapkan penurunan permintaan sebagai penyelesaian kepada kenaikan harga adalah tidak betul.

“Keanjalan permintaan merujuk kepada respon permintaan terhadap kenaikan harga. Umumnya kenaikan harga menyebabkan permintaan menurun. Sekiranya kadar penurunan permintaan lebih besar daripada kadar kenaikan harga, permintaan dianggap anjal.

“Keanjalan tertakluk kepada beberapa faktor penentu utama, antaranya status produk, keupayaan beralih kepada produk lain, tahap pendapatan dan kesegeraan keperluan produk berkenaan,” jelasnya.

Menurut beliau, pengguna terpaksa mengorbankan perbelanjaan yang lain, khususnya golongan berpendapatan rendah yang dilihat tidak mempunyai banyak pilihan.

“Profil perbelanjaan yang lebih terperinci diperlukan khususnya mengikut kelas pendapatan untuk menteri merumuskan status keanjalan permintaan.

“Kumpulan berpendapatan tinggi lazimnya mempunyai keanjalan yang rendah terhadap kenaikan harga.

“Dalam konteks harga ayam dan telur ayam, mungkin permintaan mereka langsung tidak anjal. Adakah kumpulan ini yang dimaksudkan oleh menteri ekonomi?” soalnya.

‘Dalam sebulan lagi, ‘geng’ PN yang pertikai saya akan terduduk’ – Rafizi

Biarpun menerima kecaman berikutan kenyataan nasihat kepada pengguna, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tidak takut dengan pandangan umum, sebaliknya yakin rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut apa yang disarankan.

Beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah mengenai usaha untuk menyuntik lebih keanjalan harga sebagai satu mekanisme mengawal harga barang, selain langkah di peringkat pembekal, iaitu melawan monopoli, menambah bekalan dan kawalan harga.

“Kita juga perlu suntik keanjalan dalam permintaan sebagai satu lagi mekanisme kawalan harga. Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini, insya-Allah sedikit demi sedikit kita kembalikan kuasa pengguna.

“Jangan takut dengan pandangan umum. Insya-Allah, rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Rafizi berkata, beliau juga tidak pernah lari dari perkara kontroversi jika itu menyelesaikan masalah.

“Masa saya bercakap mengenai (Datuk Seri) Azmin Ali tahun 2016, penyokong PH (Pakatan Harapan) maki. Masa saya cakap PH perlu fokus menang lebih 80 kerusi untuk jadi blok terbesar Mac 2022, semua gelak dekat saya. Soal harga pun sama,” katanya.

Beliau berkata, dalam sebulan lagi, ‘geng’ Perikatan Nasional (PN) yang mempertikaikan semua itu akan terduduk.

“Sama macam mereka ‘terduduk’ soal lain yang asalnya kontroversi, tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” katanya

Jumaat lalu, Rafizi berkata, pengguna perlu berperanan menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan menjadi lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini.

Beliau berkata seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Ketika ini, katanya, biarpun harga barangan terus meningkat, pengguna dilihat masih bersedia membayar.

Berikut reaksi dari netizan

MENTERI-MENTERI, RAKYAT SUDAH TIDAK BOLEH DIBODOHKAN!

Baru-baru ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah mengulang kenyataan menteri-menteri Umno zaman sebelum ini. Mungkin versinya sedikit lain. Tetapi maksudnya jelas sama. Takyah guna terma-terma bombastik seperti elasticity atau keanjalan.

Hakikatnya, konteksnya tetap sama. Rakyat mahu solusi. Mahu kehidupan yang baik. Mahu hidup senang dan mewah macam menteri-menteri juga. Tak dapat rasa gaji puluh ribu takpalah. Takkanlah harga ayam naik, rakyat kena candat sotong pula?

Menteri-menteri Umno zaman sebelum ini juga menggunakan hujah dan naratif yang sama iaitu, meletakkan beban solusi kepada pihak rakyat marhaen. Kononnya, rakyat tak faham ekonomi.

Ketika itu Rafizi orang yang terkedepan membantah.

Hari ini, apa sudah jadi?

Kata-kata seperti jangan makan ayam kalau ayam mahal, makan daging. Jangan beli telur kalau telur mahal, beli kangkung. Jangan beli dekat kedai yang mahal, beli dekat penjual yang murah.

Bagi kerjasama dan lain-lain.

Ya, memang nampak benar cadangan itu. Tapi itu semua tidak perlu diajar. Rakyat marhaen tidak bodoh untuk politikus ajar kami memilih kedai dan penjual yang lebih murah.

Memang itulah yang kami lakukan selama ini. Gaji kami bukan macam gaji dan elaun menteri dan mp. Pendapatan kami memang memaksa kami melakukan hal tersebut sejak sekian lama. Dan-dan nak disalahkan kami pula.

Lainlah kami semua ada orang derma masuk dalam company, dapat duit lobiyist, money laundering, dan macam-macam perks macam para politikus dan menteri. Kenaikan harga barang memanglah kami tak rasa.

Maka jangan bodohkan kami dengan kenyataan bangang seperti itu. Pergi cakap dalam perhimpunan parti sendiri sudahlah. Biar #TaikPolitik masing-masing jilat dan telan najis-najis yang membodohkan rakyat itu.Rakyat marhaen yang bijak sudah muak dan meluat dengan drama membodohakan ini, blambing game, ajak rakyat bersama-sama. Bukankah selama ini Rafizi Ramli

ada formula nak menurunkan harga barang? Tak boleh apply ke?

Nak ajak kami sama-sama buat apa? Kami memang dan buat lama dah. Tapi kalau kenaikan tersebut bersifat menyeluruh, apa kami boleh buat? Kami kelaparan, anak-anak di rumah menangis nak makan ayam. Apa option kami? Patutnya menteri dan kerajaan yang ada kuasa buatlah tindakan menggunakan kuasa dan dana yang ada.

Takkan nak suruh kami meronda-meronda cari tempat murah pula? Itu semua kos. Yang menteri-menteri ada kuasa gaji puluh-puluh ribu tu buat apa? Kalau nak suruh kami buat sendiri, takyah ada menteri lah kot. Resign je. Jimat juga duit rakyat. Rafizi ambil gaji kan?

Apa yang rakyat marhaen harapkan adalah sebuah arah tuju atau direction, polisi dan strategi atau formula pihak kerajaan mengatasi masalah harga barang ini. Jangan risau, rakyat akan sokong segala tindakan kerajaan yang menguntungkan rakyat marhaen.

Aku tidak nampak beza Rafizi, Hassan Malik dan Ahmad Maslan. Memang seiring dan seirama sahaja nada mereka. Cuma lirik sahaja berbeza. Aku nak ulang sekali lagi.

TIPU #TAIKPOLITIK SENDIRI BOLEH LAH!

RAKYAT MARHAEN SUDAH TIDAK BOLEH DIBODOHKAN!

TOLONG HENTIKAN PROJEK PEMBODOHAN RAKYAT MELALUI KENYATAAN-KENYATAAN BANGANG YANG MENYINGGUNG PERASAAN RAKYAT!

ps : Jangan bongkak dengan kuasa yang ada. Jangan sonbong dengan gaji yang rakyat bayar. Takkanlah, siapa kritik semua PN. Nak kasitau dalam PH dan BN semua bodoh ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *