Penceramah popular dan panel program Forum Perdana Ehwal Islam, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan dirinya tak dibenarkan keluar di Radio Television Malaysia (RTM).
Memetik laporan Kosmo!, Ridhuan Tee meluahkan rasa sedih apabila rancangan popular setiap Khamis itu dibatalkan kerana dirinya.
Terbaru, bekas ahli kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro memberikan kata-kata semangat buat Ridhuan Tee dan mendoakan semoga beliau bersabar.
Shahrol turut berkongsi pengalaman yang dialaminya apabila dia juga menerima ‘hukuman’ selepas tular gambar di rumah Datuk Seri Najib Razak. Selain gambar itu, tular juga video memaparkan dirinya di pentas Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai.
Kata Shahrol, tak cukup hukuman di kaca televisyen, program motivasi di 24 buah sekolah yang menampilkan dirinya turut dihentikan serta merta.
Seperti berulang sejarahnya kembali.Kali terakhir program sy di kaca TV pada tahun 2018.Selepas gambar sy di rumah DSNR tersebar dan video di pentas BN di PRK Tanjung Piai maka bersiaplah sy terima hukumannya.
Bekas pelawak ini turut memetik nama Pak Ya yang perlu membuat permohonan maaf selepas menyindir satu isu di pentas lawak.

“Seperti berulang sejarahnya kembali.Kali terakhir program sy di kaca TV pada tahun 2018.Selepas gambar sy di rumah DSNR tersebar dan video di pentas BN di PRK Tanjung Piai maka bersiaplah sy terima hukumannya.”
…
“Tak cukup hukuman di TV, program motivasi di 24 sekolah di hentikan serta merta.Bukan sy sahaja tetapi mungkin yg masih ingat isu Pak Ya (illya senario) yg menyindir dan selepas permohonan maaf secara terbuka barulah dibenarkan muncul kembali.”
…
“Bersabarlah Dr Mohd Ridhuan Tee, segala yg berlaku ada hikmah disebaliknya.Banyak perkara kita boleh ulas dan kritik kerajaan hari ini tetapi berikan masa dahulu sebab dulu sy pernah menegur saudara hans isaac yg menyindir DSIS selepas beliau mengangkat sumpah sbg PM.Tak adil jika sy spt beliau juga”
Panel lain ganti Ridhuan Tee dalam Forum Perdana
Terdahu Rancangan bual bicara keagamaan popular, Forum Perdana Ehwal Islam tidak dibatalkan malah masih bersiaran seperti biasa selepas slot Berita Perdana di TV1 sebentar tadi.
Bagaimanapun, salah seorang anggota panel program bicarawara tersebut, Dr. Ridhuan Tee Abdullah telah pun digantikan dengan pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman.
Perkembangan berkenaan sekali gus menafikan dakwaan yang tular sejak semalam kononnya rancangan tersebut pada malam ini terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.
Perkara itu turut disahkan pendakwah mualaf ternama, Firdaus Wong Wai Hung menerusi laman sosial rasminya yang menjelaskan mengenai program berkenaan tetap diteruskan.
“Ridhuan sendiri mengesahkan kepada saya bahawa namanya memang telah dikeluarkan daripada rancangan ini dan sudah diganti dengan ahli panel yang lain pula,” nukil beliau.
Forum itu yang ke udara pada 9 malam tadi turut membariskan seorang lagi panel, Datuk Mohd. Kazim Elias dengan dua moderator terkenal, Ustaz Nabil Ahmad dan Rizal Ramli.
Semalam, tangkap layar perbualan ringkas oleh Ridhuan melalui aplikasi Whatsapp tular diperkatakan ramai pengguna platform Facebook yang turut berasa sedih dengan situasi berkenaan.
“Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar atas arahan menteri,” nukilnya dengan disertakan poster program tersebut.
Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu bagaimanapun tidak pula menjelaskan lebih lanjut manakala pihak RTM dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tiada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut
TANGKAP layar rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 malam ini.
Kredit: Instagram Shahrol Shiro