Doha: Pemenang Piala Dunia dari Brazil, Ronaldo pasti tak gembira jika musuh tradisi, Argentina memenangi kejohanan di Qatar susulan negara kelahirannya tersingkir mengejut pada suku akhir.
Brazil yang menjulang trofi kelima pada 2002 dengan Ronaldo menjadi tonggak utama pasukan itu, dikejutkan dengan kekalahan menerusi penentuan penalti kepada Croatia yang akan berdepan Argentina pada Separuh Akhir awal pagi Rabu.
“Untuk menyatakan saya tumpang gembira bagi pihak Argentina (jika mereka menang), itu adalah tidak benar, ia adalah penipuan, Saya tidak akan bersikap hipokrit,” kata Ronaldo.
“Kami semua berhak menjulang Piala Dunia, ia kemenangan di atas padang. Argentina tidak beraksi dengan baik, tetapi mereka mempunyai impian, mereka banyak berlari, mereka mempunyai kekuatan luar biasa… dan mereka mempunyai Lionel Messi yang sentiasa tepat di bahagian penyudah.”
Ronaldo memenangi Ballon d’Or dua kali termasuk menjulang beberapa trofi bersama pasukan kebangsaan termasuk Copa Amerika dan Piala Konfederasi, juga berbicara pandangannya mengenai jurulatih seterusnya buat Brazil selepas Tite meninggalkan jawatan itu apabila gagal memenangi dua Piala Dunia.
“Saya tidak kisah jika jurulatih itu warga asing. Saya suka jika Pep Guardiola, Carlo Ancelotti atau Jose Mourinho melatih Brazil. Tetapi bukan saya yang memilih,” katanya.
“Saya sentiasa menyokong CBF (Persekutuan Bola Sepak Brazil) dengan apa yang mereka mahukan serta sebarang pandangan
Argentina ke final
LUSAIL, Qatar: Dua gol oleh penyerang, Julian Alvarez dan satu daripada penalti Lionel Messi memberikan Argentina kemenangan 3-0 mengatasi naib juara 2018, Croatia pada separuh akhir Piala Dunia sebentar tadi dan akan menentang sama ada Perancis atau Maghribi pada final Ahad nanti.
Messi meletakkan Argentina di depan menerusi penalti minit ke-34 selepas penjaga gol, Dominik Livakovic menjatuhkan Alvarez ketika dia mengejar bola.
Lima minit kemudian, penyerang Manchester City itu kemudiannya membawa bola sejauh 50 meter dan terus mengawalnya ketika pertahanan cuba menjatuhkannya seterusnya meledak gol kedua.
Croatia, yang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Jepun dan Brazil menerusi penalti dalam dua aksi sebelum ini, cuba bangkit pada babak kedua namun hantaran kemas mereka gagal membuka sebarang peluang berdepan pertahanan kebal Argentina.
Messi kemudian menampilkan persembahan hebatnya apabila mengawal bola dan melorongkan buat Alvarez yang meledak gol ketiga selepas 69 minit untuk melengkapkan kemenangan. – REUTERS