Uncategorized

Salah Seorang Mgsa Melayu Terlibat Dlm Tanah Runtuh. Rupnya Ini Sebabnya Dia Boleh Ada Kat Situ

Salah seorang mangsa tanah runtuh, Nurul Azwani Kamarulzaman menjadi perhatian netizen hari ini yang simpati terhadap tragedi di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, sepupu mangsa Nor Azman Mat Zain berkata, Allahyarham yang bekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong mengikut rombongan itu sejak Rabu lalu.

Pekerja Kantin Sekolah

“Sepatutnya dia membawa ibunya pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga sebab cuti sekolah semalam, namun sudah ajalnya.
“Kami sekeluarga tahu dia mengikuti rombongan perkhemahan sekolah itu. Dia bekerja di kantin sekolah berkenaan.

“Ini juga kali pertama dia terbabit dengan aktiviti perkhemahan. Dia pergi Rabu lalu dan ikutkan dia balik semalam,” kata lelaki berusia 48 tahun itu.

Bercerita lanjut, ahli keluarganya mendapat tahu tentang kejadian tersebut melalui laporan berita sebelum segera ke beberapa hospital bagi mengetahui keadaan terkini Allahyarham yang berusia 31 tahun itu.

“Pada mulanya kami ke Hospital Selayang, tetapi tiada nama. Kemudian datang sini (Hospital Sungai Buloh) pun tak ada.
“Namun, selepas mendapat maklumat mangsa yang meninggal dunia dibawa ke sini, saya bergegas semula ke sini sejak semalam.
“Mak arwah dan keluarga lain pula baru datang petang tadi,” ujarnya.
Nor Azman berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah pada Rabu lalu selain menyatakan bahawa arwah yang belum berkahwin merupakan individu menjaga ibunya selepas kematian bapa.

Tambahnya, Allahyarham mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap keluarga dan juga seorang yang periang.

“Arwah ada tiga beradik, dia anak sulung. Adiknya sudah berkahwin. Arwah periang dan sederhana saja orangnya. Dia pun tidak ada masalah dengan orang lain,” kongsinya.
Jenazah Nurul Azwani dibawa keluar dari Jabatan Forensik

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Batu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sebaik semuanya selesai.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Facebook Malaysia Gazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *