Uncategorized

“Saya tak percya umur dia bagitahu saya”-Beza Umur Jauh, Hana Ismail Beritahu Sebab Dia Setuju Terima Dai Syed

Pers0naliti TV Hana Ismail mendedahkan pendakwah selebriti Da’i Syed tidak memiliki ciri-ciri lelaki idamannya malah pernah berasa ragu apabila mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Hana atau Nurul Hana Ismail, 36, berkata, bagi mendapatkan jawapan, dia melakukan solat istikharah selama seminggu bagi meminta petunjuk daripada Allah SWT dan akhirnya yakin Syed adalah pilihan tepat.

Malah kata Hana, perbezaan usia sembilan tahun di antara mereka turut membuatkan dia berhati-hati sebelum membuat keputusan namun bersyukur jodoh di antara mereka kuat dan dipermudahkan.

“Bagi yang mengenali saya, Syed is not really my type, tetapi Alhamdulillah selepas sesi perkenalan kami, kemudian saya buat solat istikharah selama seminggu, dapat jawapan untuk berkahwin dengannya.

“Umum juga mengetahui perbezaan umur kami agak jauh iaitu sembilan tahun dan perkara itu turut menjadi pertimbangan saya namun Alhamdulillah sampai jodoh kami berdua,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, dan Hana selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismal Dahwan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Mas’ud Kuala Lumpur, Mohd Nazri Yacob.


Pada majlis tersebut, Syed turut menyerahkan seutas gelang emas sebagai mas kahwin namun merahsiakan jumlah wang hantaran kepada Hana.

Dalam pada itu, Syed pula memberitahu, jarak usia bukan penghalang malah kagum dengan keperibadian Hana sehingga membuatnya tertarik dan mahu menyuntingnya sebagai isteri.

“Budi bahasanya sangat tinggi malah dia antara orang yang suka pergi ke majlis ilmu… kesempurnaan dia sedikit sebanyak melengkapkan kekurangan saya.

“Rasulullah SAW dan isteri baginda juga mempunyai perbezaan usia, jadi itu bukan masalah malah saya jadikan sebagai contoh.

“Pada awalnya saya sendiri tak sangka usianya 36 tahun malah ingatkan dia sebaya sebab wajahnya nampak cantik dan tidak menggambarkan umur sebenar,” jelasnya.

Sementara itu, Syed memberitahu bakal membawa Hana mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun depan sebagai bulan madu mereka.

Syed berkata, selepas selesai ke kota suci Makkah, mereka akan menghabiskan masa di Mesir sambil membawa Hana bertemu bapanya yang menetap di negara tersebut.

“Insya Allah jika tiada halangan kami akan mengerjakan umrah serta berkunjung ke Mesir untuk bertemu dengan bapa saya yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kami.

“Saya juga merancang untuk bawa isteri bertemu dengan saudara mara yang lain di Mesir,” katanya.

VIDE0

Tambahnya, mereka terlebih dahulu akan berbulan madu di Sabah sambil menemani Hana yang mempunyai urusan kerja di sana.

Mengulas mengenai soal anak, pasangan ini sepakat meletakkan perkara itu kepada rezeki namun berharap dapat memulakan sebuah keluarga dengan kehadiran cahaya mata.

“Atas perbincangan bersama, jika diizinkan kami mahu anak secepat yang mungkin tetapi pada akhirnya ia terletak kepada rezeki, Insya Allah,” katanya.

Untuk rekod, pasangan ini mengejutkan peminat apabila mengikat tali pertunangan pada 28 Oktober lalu di kediaman Hana di Johor Bahru.

Sedikit info mengenai isteri Da’i Syed ini; bakatnya sebagai seorang pengacara mula diasah menerusi program On Air kendalian Astro Malaysia pada tahun 2012. Hana, 32 yang berkelulusan jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TSEL) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan pengacara seangkatan dengan Dahlia Shazwan dan Hefny Saad.

Sebelum ini, Hana pernah mengendalikan beberapa program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live! Astro sebelum dia disunting oleh saluran TV Alhijrah. Di stesen baharu ini, dia muncul menerusi program Assalamualaikum TV Alhijrah yang keudara dari jam 7.00 pagi pada setiap hari serta program Kemanisan Iman Bersama Al-Quran pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam.

SUMBER:MstarOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *