Bagi segelintir, nasi goreng tak lengkap jika tiada sambal belacan. Ini terutamanya di kalangan mereka yang suka makan pedas. Jadi setiap kali memesan hidangan itu, sambal belacan wajib ada!
Namun, kadang-kadang peniaga akan mudah terlupa. Walaupun telah diminta oleh pelanggan, mereka juga akan lupa menyediakan sambal belacan yang diminta.
Hal itu membuat mana-mana pelanggan berasa tidak berpuas hati. Ada yang lebih suka berdiam diri, ada juga yang akan mengadu mengenai perkara tersebut terus pada peniaga.
Itulah yang dilakukan oleh seorang pelanggan, Mawarossa baru-baru ini. Namun respons peniaga membuatnya terhibur, ikuti perkongsiannya di bawah.
Terbaharu, seorang wanita telah membeli nasi goreng USA dari sebuah kedai makan menerusi aplikasi FoodPanda.
Walaupun sudah banyak kali membeli dari situ, pihak kedai asyik lupa menyediakan sambal belacan yang dipesan.
Oleh itu, dia telah meninggalkan nota pada peniaga menerusi ruangan pesanan dan mengingatkan mereka untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Ini supaya dia juga tidak kerugian.

Membaca pesanan wanita itu, pihak peniaga pula ‘membalas’ balik dengan menyediakan pesanannya.
Bila wanita itu membuka bungkusan nasi goreng yang dipesan, dia berasa terkejut apabila melihat empat bekas kecil yang diisi dengan sambal belacan berada di setiap penjuru.
Melihat perkara itu, dia pula berasa terhibur dengan apa yang dilakukan oleh peniaga tersebut.
Sumber : Daily Makan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.