Uncategorized

Selepas ebih tiga jam usul undi percaya PM ke-10, Ini keputusannya

Kuala Lumpur: Selepas lebih tiga jam usul undi percaya Perdana Menteri ke-10 dibahaskan 12 Ahli Parlimen hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Usul undi percaya itu dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Persidangan Dewan Rakyat Penggal Pertama Parlimen ke-15, pada sesi yang bermula kira-kira 3 petang tadi.

Keputusan undi suara berkenaan diumumkan, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul jam 6.15 petang selepas bertanyakan kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang sebulat suara bersetuju.

Terdahulu, usul undi percaya itu turut dibahaskan 12 Ahli Parlimen dengan dimulakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sebelum ini, Anwar sendiri mahu mengadakan usul undi percaya terhadapnya bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik, selain penafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga yakin mampu memperoleh majoriti dua pertiga sokongan Ahli Parlimen menerusi undi percaya itu.

Selain itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mahu Anwar membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Johari mengumumkan penangguhan Sidang Parlimen ke-15 kira-kira 10 pagi esok dengan turut memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen untuk memakai sut tanpa tali leher.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *