Uncategorized

Shah Rukh Khan Dituduh Sengaja Lud4h Atas May4t Lata Mangeshkar, Sekali Ahli Politik Sanjay Raut Cerita Perkara Sebenar

Pelakon popular Bollywood,Shah Rukh Khan telah dituduh oleh segelintir netizen dengan sengaja meludah ke atas mayat penyanyi lagenda, Lata Mangeshkar ketika di upara penghormatan terakhir mendiang.

Shah Rukh Khan baru-baru ini dilanda kontr0versi apabila dia dituduh meludah pada upacara pembakaran m4yat penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar.

Dalam salah satu video yang disiarkan di Twitter, Shah Rukh Khan dan pengurusnya Pooja Dadlani dilihat menghadiri upacara pembakaran mayat Lata Mangeshkar yang berlangsung di Taman Shivaji, Mumbai, Ahad lalu. Semasa upacara itu, Shah Rukh dilihat mengangkat tangan sambil berdoa.

Sengaja Fitn4h

Bagaimanapun, tindakan itu disangkal sekeras-kerasnya oleh ahli politik Sanjay Raut yang menyifatkan netizen sengaja mengeruhkan keadaan dan memfitna4h bintang Bollyood itu.

” Ia adalah memalukan apabila sesetengah individu sengaja mengecam Shah Rukh Khan. Sesetengah mereka sengaja berbuat demikian untuk tujuan politik atau unsur agama walaupun negara sedang bersedih dengan pemergian Lata. Kami kenal siapa pihak tersebut dan tidak perlu didedahkannya” ujar Sanjay

Difahamkan,menurut Hindustan Times, Shah Rukh Khan dan pengurusnya, Pooja Dadlani tiba di Shivaji Park, Mumbai bagi memberikan penghormatan terhadap Lata.

Shah Rukh Khan ‘Tiup’ Doa Ke Udara

Ketika upacara tersebut, Shah Rukh Khan menadahkan kedua-dua tangan manakala Pooja menutup rapat kedua-dua tangannya bagi membacakan doa mengikut agama masing-masing. Usai membacakan doa, Shah Rukh Khan meniup ke udara seolah-olah turut meniup doa yang dititipkannya namun disangka segelintir pihak telah meludah ke atas Lata.

Bukan itu sahaja, Shah Rukh Khan turut memberi bunga serta menyentuh jari kaki mendiang sebagai simbolik penghormatan terakhir. Disebabkan tuduhan tersebut, peminat tampil mempertahankan bintang popular itu.

Salah seorang netizen menulis di laman Twitter miliknya bahawa Shah Rukh Khan tidak menghormati mendiang Lata Mangeshkar. Sebahagian yang lain pula mendakwa bahawa kelakuan Shah Rukh Khan di dorong oleh sifat orang Islam yang tidak menyukai agama lain.

Namun perkara ini lantas dinafikan oleh beberapa orang netizen. Apa yang dilakukan oleh Shah Rukh Khan adalah sebahagian daripada budaya orang Islam di India. Selepas selesai berdoa, kebanyakan orang Islam di sana akan menyapu muka mereka dan meniup udara.

“Membaca doa dan meniup udara (seperti yang dilakukan Shah Rukh Khan) adalah praktik Islam tradisional yang dilakukan setelah penguburan orang meninggal dan agar jiwa [mendiang] tenang di sana,” kata Mohammad Imtiaz, seorang muslim di India.

Sekadar info, Lata meninggal dunia pada Ahad lalu pada usia 92 tahun akibat jangkitan C0 VID-19. Dalam upacara penghormatan terakhir itu turut dihadiri Perdana Menteri India, Narendra Modi serta ramai kenamaan. Malah, India turut berkabung selama dua hari dengan bendera dinaikkan pada separuh tiang.

kredit: murai.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *