Sudah Banyak Bersabar, Baby Shima Buat Lap0ran Sebab Reputasinya Terjejas Sampai Kali Ni Netizen Bersimpati

Penyanyi, Baby Shima tampil membuat lap0ran p0lis terhadap pihak penganjur sebuah pr0gram kerana didakwa telah menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, pihak penganjur didakwa seperi ingin mengambil kesempatan dengan menggunakan nama dan fotonya bagi tujuan pr0mosi.

“Saya telah membuat laporan p0lis kerana pihak penganjur telah menggunakan gambar saya sebanyak tiga kali. Kali pertama dan kedua, saya boleh maafkan tetapi bila dah tiga kali, saya tak boleh berdiam diri.

“Pihak penganjur telah mem4nipul4sikan nama saya untuk menarik pengunjung datang ke program mereka sedangkan saya tiada di program tersebut.

“Mungkin mereka juga mahu menjual tapak jualan di program tersebut dan untuk mendapatkan tajaan,” katanya kepada MH.

Shima berkata sedemikian ketika ditemui selepas selasai membuat laporan p0lis di Balai P0lis Mutia Damansara, Petaling Jaya pada Jumaat.

Pada masa sama, penyanyi lagu Bang Jamal ini turut menangkis dakwaan pihak penganjur yang mengatakan pengurusnya telah bertindak biadap.

“Setahu saya, pada awalnya, pengurus saya telah pun bercakap elok-elok kepada penganjur program tersebut. Pengurusan saya bertanya, kenapa pihak mereka masih lagi menggunakan gambar saya untuk mempr0mosikan programnya.

Kemudian dia terus melenting. Dia cakap pengurus saya tak beradab dan asyik nak mengugut untuk s4man. Macam mana pengurus saya tak geram kalau dia sendiri yang memuat naik gambar kita tanpa kebenaran.

“Pada saya, dalam hal ini, dia yang bersalah tapi dia pula yang menyalahkan pihak saya. Dia juga turut melibatkan syarikat rakaman, ibu bapa dan keluarga saya di dalam hal ini.Artis lain pun kalau guna nama mereka tanpa izin, mereka juga akan ambil tindakan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Baby Shima turut menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan yang lebih berat sekiranya perkara ini berulang lagi pada masa akan datang.

“Kepada penganjur program tersebut, berhentilah menipu orang. Haram duit yang dapat tu.Mungkin pihak tersebut ingat saya tak ambil serius dalam hal ini tapi kalau sekali lagi pihak di sana buat hal yang sama, saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan yang lebih serius,” akhirinya.

Sekadar informasi, konsert yang bakal diadakan itu dijadualkan akan berlansung di Johor Bahru.

SUMBER:MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *