Tahu kisah sebenar, kakak Haqiem Stopa sedih adik dianiaya bekas kekasih, sekali peguam ni beri satu pandangan buat dia terkedu

Terdahulu, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menyimpan gambar dan video luc4h bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berikut pandangan dari seorang peguam

“Kalau ahli keluarga salah tolong tegur dan jangan galakkan dia.

Saya betul-betul tidak faham jenis manusia yang membela keluarga sehingga menutup kesalahan. Bukan kita suruh membenci atau berhenti sayang ahli keluarga, kita suruh tegur dan jangan galakkan.

Saya semalam membaca kes Haqiem Stop tentang dakwaan menyimpan gambar luc4h bekas kekasih dan juga laporan yang berkaitan.

Saya pernah menulis tentang isunya ke sekolah. Jadi kadangkala, ada pembaca yang memberikan link isu-isu Haqiem Stopa ini melalui messenger. Jadi saya tahulah, sedikit isu-isu Haqiem Stopa ini.

Saya ada menonton satu video, dia berperang mulut dengan netizen. Bila dituduhnya dia lembut, dia naik angin. Kemudian, Haqiem dalam keadaan marah mencabar netizen “Bawa sini kakak kau tengok, nak tau jantan tak jantan aku, sampai koyak nanti belakang dia aku kerjakan!”. Ini memang terang-terangan kesalahan.

Ada video-video yang Haqiem ini memang meletakkan tahap wanita itu serendah-rendahnya. Pernah sekali dia buat dengan isyarat tangan tentang bahagian kemaluan wanita. Video dia biadap begini ditonton orang ramai dan adakala sewaktu sesi live.

Malangnya tiada laporan terhadap Haqiem, sedangkan ianya kesalahan undang-undang misalnya bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Barangkali, kita pun sudah malas hendak melayan si

Haqiem ini. Biarkan dia. Banyak lagi perkara yang kita boleh fokuskan.

Tetapi kadang-kadang saya cuba hendak faham, kenapa dia seolah-olah menganggap wanita itu sekadar tempat dia hendak tunjuk jantan. Kalau dia hormat wanita, saya rasa dia tidak akan mencabar untuk tunjuk kejantanannya begitu.

Semalam menonton video dari pihaknya yang membelanya. Kemudian disambut pula dengan blog-blog tulisan ‘Haqiem dianiaya’. Hmm..menukar naratif dari asalnya ada laporan polis dan dakwaan di mahkamah dan naratif kini bahawa Haqiem adalah mangsa keadaan.

Yang pasti, kes ini ke mahkamah kerana hasil siasatan polis bahawa Haqiem memang memiliki gambar luc4h bekas kekasihnya itu. Barulah wujud elemen jenayah untuk didakwa bawah Seksyen 292(a) Kanun

Keseksaan. Kalau fitnah pakai mulut sahaja dan bila polis siasat, tiada gambar-gambar luc4h yang didakwa, kes tidak akan dituduh di mahkamah.

Bukan mudah hendak aniaya orang dengan buat dakwaan palsu sehingga dia dituduh ke mahkamah. Dari sudut undang-undang adalah menjadi kesalahan menyimpan gambar-gambar luc4h.

Saya sentiasa dirujuk dan mengendalikan kes mangsa-mangsa seksual ini. Dalam kes jenayah seksual, kadangkala tidak tercapai dek akal, bagaimana ahli keluarga pelaku akan mempertahankan pelaku. Semua orang salah, bukan pelaku. Pelaku tidak salah merogol, pelaku tidak salah mencabul.

Kadangkala kasihan, bila mangsa pelaku itu kanak-kanak. Sudahnya, hendak ‘twist’ cerita, pelaku dan keluarga tukar naratif bahawa pelakulah yang mangsa.

‘Play victim’ itu memang mudah. Kalau kita kecam, kita juga disuruh merangkak di padang masyhar nanti. Nasib mangsa? Masa depan mangsa? Keadilan buat mangsa? Dituduhnya bulat-bulat walaupun mangsa itu masih kanak-kanak sebagai penyebab.
Bila lihat ahli keluarga yang membela pelaku ini. Itulah, kadangkala saya faham kenapa pelaku jadi ‘kebal’, jadi tidak rasa salah dan berdosa kerana banyak tukang bela dan membenarkan. Macam filem ‘Anakku

Sazali’. Anak itu sentiasa betul, semua si bapa percaya cerita anak bahawa dia tidak salah, sampai rosak si Sazali itu.

Kalau sayang ahli keluarga, jangan sampai jadi buta. Jangan sampai mereka tidak boleh ditegur langsung. Jangan salah tafsir kasih sayang. Kerana sayanglah kita perlu selalu menegur dan jadikan dia lebih baik, bukan sehingga rosak dan tidak boleh berubah.

Oleh Nor Zabetha

Sebelum ini Kakak kepada ikon permotoran, Haqiem Stopa meluahkan kekecewaan apabila adiknya menjadi mangsa aniaya oleh seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih atas tuduhan ugut untuk menyebarkan foto dan video luc4h.

Doa orang dianiaya selalu termakbul, kebenaran pasti terbongkar
Walaupun dihimpit dengan pelbagai spekulasi, wanita itu tetap tidak menyerah memberi sokongan kepada Haqiem dan menegaskan mereka akan membongkarkan kebenaran juga suatu hari nanti.

Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan kesyukuran kepada mereka yang masih mempercayai dan mendoakan urusan adiknya dipermudahkan.

Malah, dia juga sangat berterima kasih kepada individu yang merancang bagi menganiaya adiknya sehingga maruah mereka sekeluarga tercemar.

“Terima kasih juga kepada yang merancang dan menganiaya dia. Doa irang aniaya ini selalunya makbul.
“Harap korang bersabar dulu. Dia ada sahaja. Satu sahaja saya minta, tolong kuatkan dia, nasihatkan dia, naikkan semangat dia. Ada hikmah disebalik kejadian,”tulisnya dalam hantaran di laman TikTok.

Kakak tahu kisah sebenar

Tidak berpihak kepada sesiapa, wanita itu memberitahu dia tahu cerita sebenar yang berlaku. Lantaran itu, dia meluahkan kekesalan apabila bekas kekasih adiknya sanggup ‘menghukum’ Haqiem Stopa sedemikian rupa.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, wanita berkenaan turut memberi nasihat kepada golongan lelaki di luar sana supaya tidak terlalu bodoh tergila-gilakan seseorang atas dasar cinta.

“Sebabkan kebodohan kau, kau kena seperti ini. Aku harap benda ini jadi iktibar buat semua orang. Jangan terlalu sayangkan perempuan. Kau akan jadi bangang gila,”ujarnya.

Kenapa perlu jahanamkan hidup dia?
Apa yang dikesali oleh wanita tersebut adalah individu berkenaan yang pernah bertakhta di hati adiknya sanggup berbuat sedemikian sehingga mempersoalkan ‘alasan’ bekas kekasih Haqiem Stopa tidak berbincang terlebih dahulu.

“Kau tak kena gaya (cara). Orang tu (Haqiem) bercinta dengan kau (bekas kekasih) bertahun-tahun, selepas itu bertunang dan dalam masa perhubungan korang ada sahaja yang tidak kena.
“Tapi, apabila kau jumpa dengan jantan lain, kau dah jadi panas dengan budak ni (Haqiem). Setiap kali jumpa, gaduh. Tak mengapa kalau kau pergi ke orang ketiga. Tetapi, kenapa kau perlu jahanamkan hidup dia (Haqiem),”ceritanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *