Uncategorized

Tak Sampai 24 Jam Dilantik Jadi Menteri Pertanian, Sekali Mat Sabu Mula ‘Claim’ Benda Ni

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berharap nilai mata wang ringgit terus mengukuh sekali gus dapat mengurangkan kos import bahan makanan.

Beliau yang baharu dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, trend pengukuhan ringgit dapat dilihat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan berharap situasi itu berterusan.

“Dengan pertukaran kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), keyakinan mula berlaku sehingga mata wang kita menaik begitu mendadak dan kita harap ia dapat bertahan dan lebih baik pada masa akan datang.

“Nilai import kita akan lebih murah jika mata wang kita semakin kukuh, itulah harapan kita dan kenaikan ini memang satu perkara yang menakjubkan dalam masa 10 hari selepas pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini malam Jumaat.

Katanya, walaupun baru-baru ini nilai ringgit berada pada hampir RM4.80 dan diunjur merosot kepada RM5 pada bulan ini berbanding dolar Amerika Syarikat, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila ia mengukuh kepada kira-kira RM4.40 ketika ini.

Mengulas mengenai pengumuman senarai menteri kabinet, Mohamad berkata, Perdana Menteri telah menunaikan janjinya untuk membentuk kabinet kecil membabitkan 28 menteri di bawah pentadbirannya.
Menurut beliau, berdasarkan saiz kabinet itu kerajaan perlu melakukan tugas yang lebih besar dan berat kerana bilangan menteri yang lebih sedikit berbanding sebelum ini.

Ditanya sama ada Amanah berpuas hati dengan bilangan pemimpin parti itu yang dilantik ke dalam kabinet, beliau berkata, pengumuman pada Jumaat hanya membabitkan senarai menteri dan akan disusuli dengan jawatan timbalan menteri selepas ini.

Terdahulu beliau menghadiri ceramah PRU15 Padang Serai yang turut disertai Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Barisan Nasional Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. – Bernama

Dengan pengumuman senarai kabinet oleh Perdana Menteri malam tadi, pelbagai reaksi di berikan oleh netizan

Posting menarik dari Mydin

Telur disorok, anak ayam dib4kar

Dalam perkembangan lain, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan agar mengambil serius dalam mena­ngani isu bekalan makanan di­sebabkan oleh kawalan kartel.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kemungkinan bekalan itu disorok dan disimpan selama ini ada, kerana mereka ini adalah ‘gergasi’ dalam industri dan boleh berbuat apa sahaja yang mereka inginkan.

“Bekalan itu memang sudah ada, tetapi kena sorok, simpan atau jual dekat orang lain. Ada satu kes, anak ayam terlampau banyak, jadi mereka bakar sebab takut harga jatuh. Tiada siapa ambil tindakan atas perbuatan zalim ini,” katanya ketika dihubungi ­Kosmo! semalam.

Jelasnya, Malaysia sudah terlalu lama terpengaruh dengan kartel yang mengawal dan memainkan peranan berterusan membuatkan bekalan makanan seperti telur, ayam dan minyak peket tidak stabil.

“Bekalan makanan pun bukan boleh disimpan dalam masa yang lama, jadi pihak yang ‘menyimpan’ barang-barang tersebut, lepaskan dalam pasaran untuk buat duit,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, masalah sorok bekalan itu mungkin ada tetapi tidak semua.

“Semua pihak harus memainkan peranan penting dan bukannya mencari kesalahan satu pihak sahaja.

“Kita menyeru kerajaan untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menangani dan memantau isu ini,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, bekalan telur kembali stabil di pasaran namun tetap dijual pada harga mahal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *