Uncategorized

Tanah runtuh: 8 Mngsa lagi ditemukan di tapak perkhemahan Batang Kali. Tapi keadaan mereka sangat menyedihkan

LAPAN mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada awal pagi Jumaat.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), setakat jam 9.15 pagi Jumaat, seramai 92 mangsa telah ditemui.

“Hasil siasatan mendapati 53 mangsa ditemui selamat, tujuh cedera dan lapan mangsa meninggal dunia.

“Sehingga kini operasi SAR (mencari dan menyelamat) masih diteruskan,” ciapnya di Twitter.

Pasukan keselamatan melakukan operasi dan menyelamat. foto APMTwitter

Tanah runtuh Batang Kali: PM seru rakyat Malaysia berdoa… Mahu operasi SAR rapi, sistematik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan terlibat dalam operasi misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor, menjalankan gerak kerja secara rapi dan sistematik.

Menerusi kenyataan, beliau memaklumkan terkejut dengan insiden yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berhampiran jalan yang menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.

“Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.

“Saya juga dimaklumkan menteri-menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan agar misi yang sedang dijalankan itu dapat dipermudahkan.

Beliau juga memaklumkan, akan turun ke lokasi kejadian pada sebelah malam.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *