Hiburan

Tanah runtuh: Ketua Polis Daerah Beritahu Tujuan Beg Spiderman Itu Dibawa Ibu Mngsa, Buat Ramai Meruntun Jiwa

Hulu Selangor: Beg watak hero Spiderman yang dipegang salah seorang anggota polis wanita milik mngsa terakhir tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, yang dikongsi di laman sosial Facebook PDRM meruntun jiwa orang ramai.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan sedih melihat beg itu berada di lokasi kejadian.

Pemilik akaun FB Aila menulis ‘sedihnya… usaha terakhir gunakan beg adik Huang untuk bantu K9 kesan bau’.

Rose Mawatie menerusi catatan di FB PDRM pula berkata sedihnya beg itu untuk K9 kenal mngsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, beg itu dibawa ibu mngsa untuk tujuan pengecaman bau oleh Unit Anjing Pengesan (K9).

Harian Metro hari ini melaporkan penemuan aliran cecair di tebing disyaki cecair mayat oleh pegawai penguasa kanan bomba yang menjalankan kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sektor A berjaya menemui mngsa terakhir tragedi tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali di sini, petang tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mngsa terakhir itu ditemui di tebing kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan.

Reaksi netizan

“Jika dapat bertemu mak nya, pasti ku peluk seerat eratnya. 11 tahun satu umur yg masih baru dgn kehidupan kita tapi umur yg sedang seronok kita layani semua tingkahlaku serta pada masa yang sama” berleter” setiap hari .Allahu,beratnya perpisahan itu, Semoga syurga buat mu nak.

“Walau pun rasa kesedihan, namun berita baiknya kalau dia belum baligh lagi. Inshaa Allah kesyurga. Untungnya meninggal dunia saat belum baligh walau pun dia non-muslim. Keadilan Allaah buat hambaNya.

Terdahulu, pencarian operasi SAR seorang lagi mngsa tanah runtuh itu kembali digerakkan untuk hari kesembilan dengan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, mengesahkan ia membabitkan keseluruhan 80 anggota pelbagai agensi.

“Operasi SAR pada pagi ini akan ditumpukan di antara Sektor A yang dijangkakan sebagai lokasi terakhir mngsa berada.

“Seterusnya, pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) akan membuat pengesanan di sektor terbabit sebelum pasukan SAR memulakan operasi pencarian mngsa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *