Tersebar foto mesra ,rupa-rupanya ini hubungan sebenar Tom dengan Fuad

Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Fuad Rahman mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta bersama Tom.

Dedah Fuad, 43, hatinya kembali terpaut dengan bekas teman wanitanya itu sejak minggu kedua bersama GV9 dan akhirnya meluahkan isi hatinya kepada Tom kira-kira dua minggu lalu.

Fuad lamar Tom jadi kekasih

“Kami memang sedang menjalin cinta, cinta saya mula berputik pada Tom adalah pada minggu kedua konsert GV. Tapi secara rasmi saya lamar dia untuk couple adalah dua minggu lepas.

“Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih serius agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti. Kalau-kalau nanti saya terpeluk atau terpegang tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya,” katanya kepada Gempak.

Tom bekas teman wanita Fuad

Dalam pada itu, Fuad mendedahkan Tom sebenarnya bekas kekasihnya pada 2005 namun mereka terpaksa berpisah disebabkannya menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Tambah Fuad, selepas habis sahaja tempoh hukuman tersebut, dia dan pelantun lagu Redha itu sudah tidak lagi berhubung antara satu sama lain sehingga dipertemukan semula di pentas GV9.

“Tapi sebenarnya kalau boleh saya dedahkan yang ramai orang tak tahu, Tom merupakan bekas kekasih saya, kami pernah bercinta pada 2005 dan kemudian itu saya telah masuk penjara, selepas itu kami terus tiada contact lagi.

“Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penjara saya mulakan hidup baru, saya kahwin dan ada keluarga, manakala dia bawa diri ke Langkawai. Sampailah kami dipertemukan semula di Gegar Vaganza (GV).

“Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam tergamam sebab tak sangka jumpa di situ. Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah,” katanya.

Fuad mahu tebus kesalahan & rancang kahwin

Dalam masa sama, Fuad turut menganggap hikmah dipertemukan semula dengan Tom merupakan peluang untuk dirinya menebus kesalahan kerana meninggalkan penyanyi itu.

“Apa pun dengan peluang kali ini saya ingin tebus semula kesalahan saya yang dulu sebab meninggalkan dia, saya rasa ini waktu terbaik untuk tebus silap saya pada dia.

“Insyallah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan insyallah kalau tidak tahun depan mungkin tahu seterusnya kami akan berkahwin. Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik,” tambahnya.

Terdahulu, Fuad mengemaskini status Facebooknya dengan meletakkan foto bersama-sama dengan Tom dan menukarkan profile dengan status ‘in relationship’.

Tiga kali gagal dalam perkahwinan, Tom tak terfikir cari pengganti… bimbang anak terabai jika kembali bercinta

TIGA kali melalui fasa kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan penyanyi Tom enggan membuka kembali hati untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya.

Menurut Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, berkata, pengalaman sebelum ini menjadikan dia lebih berhati-hati dalam mencari pasangan dan kini memberi fokus kepada membesarkan dua cahaya matanya.

“Saya lalui perkara yang membuatkan diri ini kecewa. Jadi untuk buka hati kembali menerima kehadiran lelaki rasanya belum lagi. Saya seronok hidup single sekarang ini. Sejak usia muda jarang saya tidak ada kekasih, rasanya paling lama sebulan sahaja single.

“Saya sayangkan hubungan dengan semua bekas suami sebelum ini. Bagaimanapun hubungan kami tidak panjang. Namun Allah kurniakan anak-anak sebagai pengganti. Itulah yang akan saya jaga sampai bila-bila,” katanya kepada mStar.

“Kalau ada pasangan saya akan sayang orang itu lebih daripada diri sendiri. Kelemahan saya adalah lelaki yang selalu dekat dengan saya. Jadi saya takut jika kembali bercinta, saya akan abaikan kepentingan sendiri dan anak-anak.

Kelemahan saya adalah lelaki yang selalu dekat dengan saya

“Ada juga beberapa lelaki yang cuba hendak kenal dekat, namun sekarang saya lebih fokus menjaga anak-anak. Sebab itu saya cuba elak cinta lelaki,” jelasnya.

kredit: astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *