Uncategorized

Tidak Boleh Berjalan, Pelakon Enot Terpaksa Dikejarkan ke H.ospital Melaka. Dia Ceritakan Balik Apa Yang Berlaku

Kuala Lumpur – Pelakon Enot terpaksa dikejarkan ke H.ospital Melaka a.kibat tidak boleh berjalan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya pada petang Isnin.

Enot atau Alliza Abdullah, 44, berkata, pada awalnya dia tidak merasakan kesan jatuh itu tidak serius tetapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula terasa s.akit pada bahagian tulang belakang.

Sekadar info, Aliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia. Beliau mula mencipta nama pada tahun 2000 menerusi siri komedi MatD.espatch arahan bapa saudaranya, Rashid Sibir. Beliau juga pernah menjadi juri tetap rancangan realiti Raja Lawak musim kedua pada tahun 2008.

Semoga Enot Cepat Pulih

Saya dan kejadian j.atuh bilik air ini dah biasa berlaku, cuma kali ini kesannya agak t.eruk sikit sebab terkena pada bahagian lutut.

“Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan s.akit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans,” katanya ketika dihubungi.

Enot sebelum itu turut berkongsi video dia menerima rawatan di h.ospital berkenaan.

Disebabkan kejadian tersebut, Enot memberitahu kaki kanannya p.atah selain tempurung lututnya r.etak.

Pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai m.asalah dan separuh kaki kanannya disimen.

Doktor periksa t.ulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada m.asalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada bahagian yang p.atah.

“Selepas dirawat saya sendiri minta untuk balik rumah lebih senang duduk berehat di rumah. Jika s.akit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu melakukan pembe.dahan,” katanya.


Sementara itu, Enot turut memaklumkan sudah berpindah ke Melaka sejak beberapa minggu lalu untuk mencari angin baharu dalam perniagaan.

Meskipun tinggal di luar Kuala Lumpur, Enot memberitahu tetap aktif dalam bidang seni dan sedia menerima tawaran berlakon sekiranya ada.

Saya sengaja pindah Melaka nak rasa persekitaran baru. Kata orang tak s.alah kalau kita berhijrah jika tempat lama itu dah rasa tak best.

Walaupun tinggal di Melaka, saya masih tetap berlakon. Kalau ada tawaran tiada masalah untuk ke Kuala Lumpur bukan jatuh sangat.

“Mungkin kejadian ja.tuh ini sebagai tanda pengenalan di tempat baru,” ujarnya.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *