Uncategorized

“38 Tahun Abdikan Hidup Untuk Keluarga, Ini Balasan Yang Mak Long Dapat?” – Ahli Keluarga Isteri Pertama Luah Rasa

Isnin lalu, kecoh diperkatakan mengenai pergaduhan dua isteri bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.

Polis mendedahkan punca pergaduhan akibat perselisihan faham di mana isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan isteri kedua dalam sebuah program.

Selain itu, isteri pertama marah mendakwa perkahwinan kedua suaminya dibuat tanpa pengetahuannya.

Terbaru, pengguna TikTok dipercayai anak saudara kepada isteri pertama, Datin Zalina meluahkan rasa sebak mengenangkan nasib yang menimpa ibu saudaranya itu.

Katanya, ibu saudara yang digelar Mak Long tak layak diperlakukan seperti itu. Dia perlu mendapatkan kebahagiaan di dunia ini.

Found this video in my drafts and this made me tear up so much. You don’t deserve any of this maklong, you deserve all the happiness in the world. 38 years of devoting your whole life to your family, and this is what you get in return? Men aint shit and penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni.

Dalam rakaman yang dimuat naik, kelihatan Datin Zalina dan adiknya menyambut ulang tahun kelahiran bersama. Di ruangan komen, orang ramai memberikan sokongan kepada keluarga ini supaya terus kuat menghadapi dugaan.

Biar gambar berbicara – Anak bujang Zainal Abidin

Salah seorang anak kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Zaifiq memberi bayangan seperti tidak bersetuju dengan tindakan bapanya bernikah kali kedua dengan Fyna Jebat.

Zaifiq atau nama sebenarnya, Muhammad Zaifiq Abidin berkata, tidak semua apa yang dilaporkan media bersifat sahih berhubung perkahwinan bapanya dengan penyanyi muda itu.

“Tidak langsung seperti apa yang dilaporkan pihak media. Ya, kami masih wujud dan kami benar-benar tidak bersetuju (dengan apa yang berlaku),” tulisnya menerusi Facebook.

Antara hantaran status dikongsi anak bujang Zainal Abidin bernama Zaifiq seperti memberi bayangan tidak merestui perkahwinan bapanya dengan isteri muda, Fyna Jebat. – FACEBOOK
Zaifiq juga memuat naik sekeping foto adik-beradiknya mencium pipi ibu tersayang yang selama ini telah bertungkus lumus membesarkan dan mendidik mereka.

“Biar gambar berbicara,” demikian coret Zaifiq sebagai kapsyen foto yang dikongsi.

Sementara itu, Zaifiq turut berkongsi seraya membetulkan kata-kata berbunyi: “Curang di belakang orang yang baik umpama mencampak berlian dan mengutip kotoran.”

Hari ini, Kosmo! Online melaporkan Zainal atau nama sebenarnya, Zainal Abidin Hassan, 62, memilih untuk tidak memberi komen lanjut berhubung pergaduhan melibatkan isteri pertama dan keduanya di tempat awam.

Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu.

Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi itu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya.

Sekadar info, bekas pengendali pasukan Penang FC itu berkahwin dengan isteri pertama, Datin Zalina Zaini sejak 1985 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan liima orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Kredit: TikTok @yungsbrna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *