Uncategorized

Abby Abadi dedah tak pernah serang sesiapa sewaktu kemelut perkahwinan dahulu, sekali netizan pecah lubang

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa kecewa mengapa dia sering menjadi mangsa apabila munculnya kemelut rumah tangga yang sedang berlaku dalam kalangan artis pada ketika ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Abby di laman Instagramnya, dia tidak mahu berdiam diri susulan ramai yang telah mengaitkan dirinya malah ada segelintir netizen yang menjadikan kisah rumah tangganya dulu sebagai contoh hingga mengundang fitnah.

Ujar Abby, sewaktu perkahwinan dia bersama bekas suaminya sebelum ini, dia menjelaskan tidak pernah menyerang mana-mana pihak memandangkan dia tidak tahu siapa yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya.

“Sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa, tak pernah ya sebab saya tak tahu siapa orang ketiga, ke empat semua itu. Sebab saya tak berjaya periksa telefon bimbit bekas suami dan tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu.

“Sebab dia kata dia sibuk penggambaran. Bekas suami memang jenis lari-lari dan tak balik-balik.. Jadinya, saya banyak tak tahu sebelum,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 45 tahun itu mengakui dia pernah mencari bekas suaminya itu di set penggambaran untuk mendapatkan penjelasan berkenaan rumah tangga mereka.

Kata Abby, sudah semestinya dia mempunyai perasaan marah dan sedih pada ketika itu memandangkan bekas suaminya tidak pulang ke rumah hinggakan perhubungan mereka sudah ‘retak’.

“Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari je sebab lama tak jumpa dan nak kan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.
“Dan bila jumpa org kata saya marah-marah, nangis-nangis, dah tuuuu? Takkan saya nak seronok-seronok kalau bekas tak balik-balik dan sampai dah nak bercerai bagai?” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abby berharap dengan penjelasannya mengenai perkahwinannya sebelum ini sudah pun terjawab dan meminta netizen jangan membuat sebarang spekulasi atau andaian sendiri.

Netizan pecah lubang? 

“Dia pernah serang norman, masa tu norman tengah shooting cerita gerak khas, siap masuk melodi “Komen seorang netizan

Sumber: TikTok @Abby Abadi Official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *