PELAKON dan pengacara Datuk AC Mizal dalam nada sindiran meminta individu yang gemar menjatuhkan maruah orang agar menerbitkan program televisyen yang sesuai dengan cara mereka memberi komen kepada peserta pertandingan.
AC atau Mizal Zaini, 52, dalam nada sindiran turut meminta individu tersebut agar menerbitkan rancangan televisyen sendiri yang sesuai dengan cara mereka memberi komen kepada peserta.
“Memang sekarang wajib jatuhkan maruah orang di televisyen ke? Tak ada fikir perasaan orang ke? Awak itu dah sempurna? Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena komen!
“Nak viral sampai jatuhkan maruah orang, baik buat rancangan Ayuh Maki Orang,” katanya.
AC Mizal minta jaga batas bergurau atau memaki di khalayak ramai.
AC meluahkan pandangannya itu menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Dalam pada itu, AC berkata, setiap perbuatan bergurau atau memaki hamun terutamanya di hadapan khalayak ramai ada batas yang perlu dijaga agar tidak menjatuhkan air muka individu berkenaan.
“Bergurau dan maki orang lain di depan orang ada tahapnya. Nasib baik bukan saya yang kena.
“Saya dah dalam industri selama 33 tahun dan saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan,” katanya.
Tambah AC, dalam usaha mendidik perlulah menggunakan kaedah yang tepat sekali gus menghargai usaha diberikan oleh peserta.
Saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan.
“Setiap usaha harus dihargai. Kelemahan bagi kamu mungkin adalah kekuatan bagi mereka. Mendidik bukan mengherdik.
“Mengajar lebih baik dari menunjuk pandai! Tiada orang yang sempurna,” katanya lagi.
Sebelum ini, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini menerima komen pedas Mas Idayu yang menganggap mereka tidak menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan sehingga ramai tampil menghentam penyanyi dangdut berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
“Kalau Tak Nanti Tidur Luar” – Netizen Kecam Suami Mas Idayu ‘Backup’ Isteri, Minta Tukar Juri
Isu kritikan pedas terhadap Sissy Iman dan Naim Daniel oleh juri program Family Duo, Mas Idayu masih lagi hangat hingga kini.
Penerbit program, Muhammad Sufian Che Isa yang juga merupakan suami kepada Mas Idayu tampil memberi komen tentang isterinya yang didakwa ‘menengking’ penyanyi-penyanyi tersebut.
Menurut Sufian, cara dan sikap Mas Idayu dalam memberi komen adalah boleh dijangka oleh orang ramai.
Mungkin kita dah bertanding dalam 6 minggu, diorang ni sebenarnya penat dari segi fizikal dan mental. Jadi, kita dah faham bila kena tegur dengan keadaan begitu, dengan cara yang begitu, saya faham dengan cara penerimaan Sissy. Tapi saya tidak boleh kata, siapa betul dan siapa yang salah, itu adalah berdasarkan cara penerimaan masing-masing.
Walau bagaimanapun, segelintir netizen menganggap bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Sufian itu seolah-olah membela tindakan isterinya. Ada juga yang memberi komen agar pihak penerbit menukar juri bagi program tersebut.

kredit: mstar