Akhirnya Muncul Salji di Tanah Suci? BacaPenjelasan Ustazah Asma Buat Ramai Insaf

Riyadh: Tular di media sosial, video salji turun di Masjidilharam, Makkah, namun jabatan kaji cuaca, Sinan Khalaf (ArabiaWeather) menafikan perkara itu.

Menerusi satu kenyataan, jabatan itu menyatakan pihaknya maklum mengenai video tular itu namun menyatakan ia disunting secara teknikal menggunakan ‘filter’,

Katanya, ia kerana suhu di Makkah, hari ini, mencapai 30 darjah Celsius, iaitu tinggi, jadi mustahil untuk salji turun.

“Rantau ini juga tidak bersedia dari segi iklim untuk hujan salji.

Klip video itu tular kerana Arab Saudi kini terjejas dengan keadaan cuaca yang tidak stabil, dan hujan dijangka turun di Makkah.

Berikut pula perkongsian dari pendakwah bebas, Ustazah Asma

Salji di Tanah Suci ?

Masih ramai yang bertanya..

Jawapanya : TIDAK

Lokasi sebenar salji di Saudi : Tabuk, sempadan Jordan, lebih kurang 9-10jam daripada Mekah.
Video yang tular di bawah (screenshot) telah diedit, sebenarnya ia adalah air hujan namun diubah suai kepada salji. Memang hujan hampir selang sehari dan kami Tawaf Wada’ (perpisahan) juga dalam hujan.

Tanda yang disebutkan oleh Hadis Baginda Nabi SAW tentang Tanah Arab yang asalnya gurun padang pasir yang kering kontang, semakin nyata mula menghijau termasuk di bukit sekitar kota

Makkah yang selama ini tiada rumput atau pohon. Allahu Akbar.

Ingatlah, tanda dekatnya kiam4t memang telah lama diberitahu oleh Nabi SAW. Antaranya ;

Diriwayatkan dari Anas Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ.

‘Jarak diutusnya aku dan hari Kiamat seperti dua (jari) ini.’” (HR Muslim)

Anas Radhiyallahu anhu berkata, “Dan beliau menggabungkan jari telunjuknya dengan jari tengah.”-Asma’ binti Harun

TANGKAP LAYAR dari video tular berkenaan. FOTO Agensi

Hujan lebat diramal di Mekah, salji di utara Arab Saudi

MEKAH: Hujan lebat disertai ketulan air batu selain ribut petir yang boleh menyebabkan banjir kilat diramal berlaku di kota suci Mekah yang menempatkan masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) hari ini memaklumkan amaran hujan lebat yang berlaku sejak petang Ahad kekal aktif sehingga pukul 11 pagi (waktu tempatan) pada Selasa (hari ini).

Ramalan itu menyatakan, hujan tahap sederhana dan lebat diramal bersama angin kuat, ombak besar serta hujan batu manakala jarak penglihatan pula terhad.

“Hujan lebat ini berlarutan di Madinah dan wilayahnya termasuk pantai dan kemudian beredar ke timur di wilayah Riyadh, Hail, Qassim, wilayah timur, timur laut dan utara termasuk wilayah Al-Jouf dan wilayah sempadan utara.
“Salji lebat diramal di wilayah utara Arab Saudi dan kabus tebal akan terbentuk pada awal pagi Isnin.

“Orang ramai mesti berhati-hati dan tidak mendekati lokasi air hujan terkumpul untuk memastikan keselamatan mereka,” menurut NCM.

Sementara itu, Jabatan Tertinggi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menerusi portal rasminya hari ini memaklumkan bahawa pelan kecemasan menghadapi bencana banjir sudah mula dilaksanakan bagi memastikan keselamatan jemaah umrah dan pengunjung Baitullah.

Pengarah Keselamatan Masjidil Haram, Hussein bin Hassan Al-Asafi berkata: “lebih 200 penyelia dan 4,000 petugas pembersihan digerakkan bagi membantu melancarkan tugas ini”.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *