Hangat di media sosial mengenai isteri pertama bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abiddin yang dikatakan telah menyerang isteri kedua, Fyna Jebat di sebuah restoran.
Kedua-dua pihak disahkan sudah membuat laporan polis, namun Fyna masih mengunci mulutnya dan tidak memberikan sebarang maklumat mengenai hal berkenaan.
Menerusi laporan Kosmo, Zainal Abidin telah dihubungi untuk ditemubual tapi dirinya masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.
Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa. Insya-Allah.
Selepas memberikan jawapan tersebut, pemain bola sepak terkenal ketika era 80-an dan 90-an itu terus menamatkan panggilan selain mesej di aplikasi WhatsApp turut tidak dibalas.
Lepas je dari beri jawapan sebegitu, bekas jurulatih yang juga bekas pemain bola sepak itu terus menamatkan panggilan. Bukan tu jer, mesej di aplikasi Whatsapp juga tidak dibalasnya.
Netizen Dakwa Ini Punca Fyna Jenat Gaduh Dengan Madu, Bukan Sebab Janna
Tular tentang pergaduhan yang berlaku antara isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hassan, Fyna Jebat dan isteri pertama, Datin Zalina Zaini baru-baru ini.
Difahamkan, berlaku adegan tarik rambut antara dua isteri bekas jurulatih Liga Super itu kerana Zalina berasa disindir dengan kenyataan Fyna dalam program Famili Duo.
Disebabkan itu, segelintir netizen mendakwa pengacara program itu, Janna Nick menjadi punca pergaduhan antara Fyna dan madunya.
Bukan hanya netizen, tetapi pelakon Azhar Sulaiman turut ‘berpesan’ kepada pihak produksi untuk tidak menjadikan perkahwinan tersebut bahan jenaka.
Tidak berdiam diri, Janna terpanggil mempertahankan dirinya dan menjelaskan bahawa apa yang ditanya olehnya di dalam program adalah mengikut skrip.
Saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama & masalah rumahtangga yang dilalui mereka.
Menerusi hantaran di Instagram, Janna memuat naik klip pendek ketika dia bertanyakan soalan kepada Fyna yang didakwa menjadi punca itu.
Sesetengah netizen berpendapat soalan ditanya aktres itu tidak menjadi masalah tetapi sebaliknya cara Fyna menjawab soalan yang ‘mengundang’.
Mereka turut mengkritik adik Ayda Jebat itu kerana tidak berfikir sebelum menjawab kerana memberikan unsur ‘double meaning’ dalam program TV yang ditonton pelbagai lapisan umur.

Kahwin Zainal Abidin Hassan, Ini 10 Fakta Biodata Isterinya, Fyna Jebat, Adik Ayda Jebat
Siapa Fyna Jebat? Dia merupakan seorang penyanyi dan ahli perniagaan wanita Malaysia.
Nama Fyna mula diperkenalkan di arena muzik arus perdana ketika berumur 18 tahun apabila tersenarai sebagai salah seorang pesaing program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 (AF9).
10 Fakta Penyanyi Fyna Jebat, Isteri Kepada Datuk Zainal Abidin Hassan
1. Beliau dilahirkan sebagai Nur Syafinaz binti Jebat pada 5 Mac 1993.
2. Beliau merupakan anak kepada pasangan Imran Mohd Noor (bapa) dan Rohana Mohamed (ibu).
3. Dia anak kedua daripada empat adik beradik dalam keluarganya, dia mempunyai seorang kakak, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.
4. Tiga lagi adik beradiknya ialah Ayda Jebat (kakak), Sabira Jebat (adik) dan Danial Jebat (adik).
5. Sehingga hari ini, rangkaian lagu popularnya merangkumi single Menangis Lagi terbitan tahun 2011, Ketentuan Masa (2011, duet bersama Azri Abdullah), Delima Hatiku (2012, duet bersama Hazama), Radio (2016) dan Hari Rayayayayaya (2022, bersama The Jebats).
6. Mempunyai jumlah pengikut atau ‘followers’ lebih 15,500 di Instagram (IG).
8. Adiknya, Sabira Jebat juga boleh bernyanyi. Semasa sekolah dulu, Fyna, Ayda dan Sabira dikenali sebagai kumpulan SASSU
9. Pada 2022, Fina bersama ahli kumpulan SASSU, Ayda dan Sabira telah bersatu semula untuk membentuk nama baharu, The Jebats, menyanyi bersama dalam lagu raya berjudul “Hari Rayayayayaya”.
7. Pada 2022, dia muncul dengan kerjasama bersama kakaknya, penyanyi Ayda Jebat untuk menjadi salah satu daripada tujuh pasangan peserta program realiti, Famili Duo Musim 2 yang menemui penonton di TV3. Pertandingan yang berjalan secara mingguan itu turut disaingi oleh Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (adik-beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).
10. Fyna kini berkahwin dengan bekas jurulatih Liga Super yang juga penyerang skuad kebangsaan era 1980an dan 90an, Dato Zainal Abidin Hassan. Difahamkan, Zainal pertama kali bernikah pada 1980-an dan dikurniakan tiga orang anak.
kredit: omm .https://iluminasi.com/