ANAK kepada pelakon Noralbaniah iaitu Syarra Sudarman mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu.

Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.
Sementara itu, pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan bermula hari ini.
Syarra merupakan anak kepada Albaniah hasil perkongsian hidup dengan bekas pelumba kereta iaitu Allahyarham Sudarman Daud.
Sudarman meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat kemalangan jalan raya.
Sumber: GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.