Uncategorized

“Awak letakkan kesalahan di pihak saya? Okey, tunggu!” – Puteri Sarah Dedah Sesuatu Pasal Pernikahan Ira Kazar

SUSULAN pengakuan pengarah Syamsul Yusof yang mendedahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar, isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana mengucapkan tahniah atas perkahwinan pasangan berkenaan.

Puteri Sarah, 38, bagaimanpun mempersoalkan kenyataan dikongsi Syamsul yang seolah-olah menyalahkan dia sepanjang berdepan isu rumah tangga sebelum ini.

“Awak letakkan kesalahan di pihak saya? Okey, tunggu!

Kenyataan Sarah mengundang tanda tanya ramai.”Apa-apa pun tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar (nikah),” katanya.

Puteri Sarah membuat kenyataan itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat selepas Syamsul mendedahkan dia sudah sah bergelar suami kepada Ira.

Syamsul menerusi hantaran video di Instagram memberitahu melangsungkan perkahwinan tersebut di Thailand dan berwakil walikan bapa Ira sendiri iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.

Penjelasan itu sekali gus menjawab segala spekulasi berhubung hubungannya dengan Ira sebelum ini yang didakwa sebagai perosak rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, kenyataan dikeluarkan Puteri Sarah tentang perkahwinan suaminya itu menjadi tanda tanya ramai apabila mendakwa pasangan itu sudah bernikah sejak beberapa bulan lalu.

“Selepas berbulan nikah di Thailand, kan?,” ujarnya.

Syamsul berharap isu rumah tangga dengan Sarah dapat diselesaikan secara baik.

Kisah rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula menjadi perhatian apabila dia mendedahkan Syamsul ada hubungan dengan Ira sejak beberapa tahun lalu.

Menganggap dia sebagai wanita teraniaya, pelakon itu turut mengambil tindakan mahkamah terhadap Ira atas dakwaan menjadi perosak dalam hubungan keluarganya.

Dalam video yang dikongsi Syamsul sebelum ini, dia turut meminta isterinya itu pulang ke rumah supaya dapat menyelesaikan segala kemelut di antara mereka.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *