Uncategorized

Bantu anak kahwin di Thailand, ini kata2 Ibu Syamsul buat keluarga Kazar

engakuan Syamsul Yusof berkenaan isu kahwin dua dengan menikahi anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar masih rancak dibualkan di media sosial.

Penjelasan dari pengarah terkenal itu nyata membuatkan banyak pihak kecewa termasuklah keluarganya sendiri iaitu bapa dan ibunya, Datuk Yusof Haslam dengan Datin Patimah Ismail.

Ibu Syamsul tak maafkan
Merujuk kepada satu posting yang dibuat Mingguan Wanita, Datin Patimah dilihat meluahkan rasa terkilan kepada keluarga Kazar kerana tidak menghalang perkahwinan Syamsul dengan anaknya dan turut menjadi wali dalam pernikahan mereka.

Terima ‘takdir malang’ yang dah belaku
Walaupun akui menerima takdir yang telah berlaku terhadap anaknya, dia sama sekali tidak boleh terima tindakan keluarga itu yang membantu Syamsul dan Ira untuk bernikah sehingga merosakkan rumah tangga menantunya, Puteri Sarah.

Sebelum ini, Datuk Yusof Haslam ada memberi kenyataan bahawa dia sangat menyayangi menantunya Puteri Sarah serta cucu-cucu namun berharap agar Syamsul dapat menyelesaikan masalah rumah tangga ini dengan bijak.

“Ira dah breakfast rumah mertua ke belum?”

Dalam pada itu, Puteri Sarah Liyana sempat memuat naik gambar bersarapan di rumah keluarga mertuanya dengan mengucapkan terima kasih kepada Datin Patimah kerana menyediakan sarapan untuknya sebelum bergegas ke lokasi pengambaran.

Madu Hitam?

Terdahulu, Syamsul Yusof telah mengakui bernikah dengan Ira Kazar dengan berwalikan bapa wanita itu iaitu Kazar Saisi di Thailand.

Pengakuan tersebut akhirnya telah merungkai teka-teki masalah rumah tangga yang dihadapi oleh pengarah tersohor berkenaan dengan pelakon, Puteri Sarah yang dikatakan telah berlarutan sejak 4 tahun lalu.

Sumber: FB Mingguan Wanita, Instagram Puteri Sarah Liyana, omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *