lakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan ada seorang pelakon wanita cuba untuk mendekati suaminya malah mengaku tersuka dengan Aliff Aziz.
Menerusi satu temu bual bersama Budiey, Bella berkata pelakon wanita itu hari-hari menghubungi suaminya dan baginya ianya tidak perlu sedangkan dia juga pernah bergandingan dengan suami orang, namun tidak berbuat demikian.
“Saya tengok hari-hari ada ‘missed call’ dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu. Bella risau kejadian lama berulang kembali.
“Saya tak tahu nombor telefon siapa. Bila saya dapatkan nombor daripada seorang rakan artis, saya tengok nombor ni sama. So, it’s her.
“Saya cukup marah sebab saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang Zamarul Hisham, saya tak pernah berhubung dengan dia,” katanya.
Menurut Bella lagi, heroin drama itu mengakui tindakannya itu kurang bijak serta mengatakan dia masih baru dalam industri.
Bagaimanapun, Bella mengatakan wanita itu bukan orang baru serta menitipkan pesanan kepada heroin itu supaya menjaga adab apabila bekerja dengan suami orang.

IG Sophia AlBarakbah Diserang Netizen
Hari ini hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya mengakui menyukai Aliff Aziz.
Memetik Kosmo, seleaps pendedahan tersebut, akaun Instagram pelakon Sophia AlBarakbah diserang netizen kerana didakwa sebagai ‘wanita penyondol’ dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pesanan buat Sophia supaya tidak mengganggu suami orang. Malah, ada yang meninggalkan komen pedas meminta tidak menjadi ‘penyondol’.
“Pesan saya, awak baru hendak naik dalam industri dan ramai lagi lelaki yang menunggu di luar sana.
“Bergelar pelakon sahajalah, jangan menjadi penyondol pula. Tolong jangan jadi penyondol, saya suka awak berlakon,” komen netizen.
Meskipun pelbagai komen dilemparkan oleh netizen, namun pelakon berusia 30 tahun itu tidak membalas serta memilih untuk berdiam diri.
Bukan itu saja, video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonannya dengan Aliff yang dimuat naik di Instagram juga dipercayai telah dipadam.
Sebelum ini, Bella berkata pelakon wanita itu hari-hari menghubungi suaminya dan baginya ianya tidak perlu sedangkan dia juga pernah bergandingan dengan suami orang, namun tidak berbuat demikian.
kredit:kosmo