Sebelum ini, pengarah sensasi, Syamsul Yusof menyatakan dia telah menyediakan dua orang pembantu rumah (maid) bagi memudahkan urusan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana untuk keluar bekerja dan menjaga anak-anak.
Ada dua maids?
Bagaimanapun, di Instagram Stories, Puteri Sarah menepis dakwaan dia mempunyai dua ‘orang kanan’ selepas kejadian lari dari rumah. Susulan itu, dia memohon bantuan sekiranya ada individu yang boleh membantu mencari pengganti ‘maid’.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata dia kasihan dengan anak-anak kerana tidak ada ‘maid’ yang boleh menjaga sepanjang dia keluar menjalani penggambaran.
Menerusi kemas kini di Instagram Story, Puteri Sarah berkata, buat masa ini, dia tidak mempunyai pembantu rumah dan secara tidak langsung menyukarkannya untuk keluar pergi bekerja.
“Saya mencari pembantu rumah asal Filipina sebab pembantu saya lari. Dah lama tinggal satu pembantu sahaja. Sekarang tiada pembantu langsung.
“Ada sesiapa mempunyai contact untuk pembantu Filipina? Saya shooting dengan tiada orang jaga anak-anak lagi. Puteri Sarah ada dua pembantu?” tulisnya.
Tidak berapa lama kemudian, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu memuat naik satu lagi status, mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sudi berkongsi nombor agensi untuk dihubungi bagi mendapatkan pembantu rumah.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tolong kongsi nombor ejen bagi pembantu rumah. Saya dah hubungi beberapa. Memang tiada siapa nak tengokkan anak-anak sekarang.
“Saya pula shooting. Kesian dekat mak saya yang nak kena jaga anak-anak. Kadang-kadang bergilir dengan mak mentua saya tolong jagakan.
“Rasa bersalah, memang susah nak dapat pembantu baharu sekarang,” tutupnya.
Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah kembali menyorot perhatian netizen apabila Syamsul mended4hkan yang dia telah pun bernikah dengan Ira Kazar baru-baru ini, menjadikan Puteri Sarah kini bermadu dengan anak perempuan kepada pelakon Kazar Saisi itu.
Komen netizen:
Pada Jumaat petang minggu lalu, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand.
Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana