“Besan kami bukan dia” – Baru Je Ibu Syamsul Yusof Cakap Tak Ada Kaitan Dgn Kazar, Ini Tindakan Yusof Haslam

SEJAK hari pertama pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dirinya sudah pun berkahwin dengan Ira Kazar, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail berterusan menulis komen tidak merestui hubungan itu.

Terbaharu, komen Patimah sekali lagi menjadi perhatian apabila menegaskan dia dan suami iaitu Datuk Yusof Haslam tidak berbesankan Kazar Saisi.

“Besan kami En. Megat Kamaruddin bukan dia,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.

Kenyataan Datin Fatimah di ruang komen Instagram mStar.

Patimah meninggalkan komen itu merujuk kepada artikel mengenai Yusof yang enggan bertemu dengan pelakon Kazar bagi membincangkan mengenai perkahwinan anak mereka.

Sehubungan itu, rata-rata netizen menyokong tindakan Patimah sekali gus kagum dengan cara wanita itu membela nasib menantunya iaitu Puteri Sarah.

“Terbaik Datin! Untung Puteri Sarah dapat mentua sebaik datin. Saya harap datin terus kuat.

“Semoga datin dan Puteri Sarah diberi kekuatan. Harap sangat datin terus menyokong dia.

“Dari sini kita nampak Puteri Sarah sangat disayangi. Dia mesti seorang menantu yang baik dan menghormati. Mak Syamsul sendiri pun tak sokong anak dia,” antara komen netizen.

Menurut laporan mStar pada Ahad, Yusof berkata tiada sebarang keperluan untuk dia menghubungi atau berjumpa dengan Kazar.

Datuk Yusof Haslam enggan komen kenyataan isteri.

Dia juga enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya yang tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.

Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri itu sebagai hak peribadi dan enggan masuk campur.

Tak mahu ambil tahu hal Kazar – Yusof Haslam

Tiada apa yang perlu dibincang… Nasi sudah jadi bubur.”

Itu jawapan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 69, ketika ditanya adakah beliau akan bersemuka dengan besan, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang hangat diperkatakan netizen.

Yusof berkata, selain tiada keperluan, beliau enggan masuk campur dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya tak mahu ambil tahu hal Kazar. Lagipun, kami memang tidak rapat. Kalau jumpa di luar, setakat tegur begitu sahaja.

‘Semoga berjaya Ira Kazar, jaga suami elok-elok’

“Selama ini, iaitu sejak empat dan lima tahun lalu apabila isu ini timbul, saya tidak pernah tanya pun kepadanya.

“Tidak manis rasanya kerana ini membabitkan dua pihak iaitu anak dia dan anak saya,” katanya kepada BH Online.

Mengenai reaksinya jika Kazar berhasrat bertemu keluarganya bagi menjernihkan keadaan, Yusof enggan mengulas demi menjaga hati banyak pihak termasuk isterinya, Datin Patimah Ismail.

“Saya tidak boleh hendak komen kerana ini membabitkan isteri saya. Saya tahu, dia sudah cukup terluka dengan apa yang berlaku.

“Rasanya, cukuplah kenyataan yang keluar dari mulut saya. Walau apapun yang terjadi, Syamsul tetap anak saya.

“Sebagai ayah, saya mendoakan yang terbaik untuknya,” luahnya.

Jumaat lalu, Syamsul menamatkan spekulasi apabila memuat naik video di IG mengesahkan dirinya sudah berkahwin dua dengan Ira di Thailand berwalikan Kazar.

KREDIT: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *