Uncategorized

‘Bukan senang nak dapatkan cinta suami orang’ – Zarina Beritahu Kenapa Dia Takut Jadi Janda

SHAH ALAM – Pelakon Zarina Zainuddin mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk memperoleh cinta daripada lelaki yang sudah bergelar suami orang kerana pelbagai dugaan dan rintangan perlu dihadapi.

Pada masa sama, Zarina turut memberi saranan kepada wanita di luar sana supaya elakkan untuk jatuh cinta dengan suami orang kerana pada akhirnya yang merana nanti adalah wanita itu sendiri.

“Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Kalau boleh jangan jatuh cinta pada suami orang sebab kesian pada diri kita sebenarnya.

“Sebab kita kena hidup merana dulu. Bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita ini yang indah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Korban Kasih Zarina Zainuddin’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Program selama sejam itu dikendalikan oleh Nor Azzura Azizul Azman sebagai hos.

Dalam pada itu, Zarina turut mengakui merasakan ‘makan hati berulam jantung’ semasa menjadi isteri kedua kerana suaminya kurang menghabiskan masa bersamanya di rumah.

Malah katanya, demi ‘menjaga hati’ isteri pertama, dia hanya mendedahkan dirinya menjadi isteri kedua selepas usia perkahwinan mencecah 21 tahun.

“Makan hati berulam jantung. Bukan senang sebab suami kalau dah kahwin dengan kita, dia akan cuba untuk pujuk hati isteri pertama balik sebab dia rasa bersalah.

“Jadi kita yang akan makan hati. Saya stress tetapi perlu sabar dan kuat. Alhamdulillah segalanya menjadi baik selepas saya mengandung.

“Bahagia itu sebenarnya kita yang cipta, kita cipta kebahagiaan kita sendiri. Jangan tamak sebab tahu saya hidup bermadu maka saya perlu berkongsi.

“Saya cuba ambil hati suami, madu saya dan walaupun kadang-kadang kena perli, kita kena terima. Ada orang marah sebab ambil suami orang memanglah marah, jadi kita kena sedar diri kita sudah ambil hak orang, jangan kita pula lebih-lebih,” ujarnya yang kelihatan sebak dan menitiskan air mata ketika berkongsi kisah hidupnya.

Pelakon kelahiran Bota, Perak itu menyatakan dia meletakkan syarat kepada suaminya jika ingin berkahwin dengannya perlu mendapat keizinan daripada isteri pertama.

“Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi perampas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.

“Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang,” jelasnya.

Zarina menyifatkan suaminya seorang lelaki yang budiman kerana berani membawanya untuk meminta izin dan bertemu dengan isteri pertama.

Jelasnya, selepas pertemuan dengan isteri pertama, wanita itu menelefon ibunya dan memberi keizinan untuk suaminya berkahwin dengannya.

Zarina Zainuddin dedah jadi isteri kedua kerana simpati suami

TANGGAL 13 Julai lalu, genap 25 tahun usia perkahwinan Zarina Zainuddin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua.

Zarina berkata, selepas tiga bulan berkahwin suaminya memberitahu perkahwinan itu dibina atas dasar simpati dan suaminya lebih mementingkan isteri pertama.

“Selepas tiga bulan berkahwin, suami saya berkata pada saya; abang kahwin dengan Ina (panggilan Zarina) sebab abang kesian sahaja, kakaklah segala-galanya dalam hidup abang. Lepas kahwin baru abang sedar abang lebih perlukan dia,” tulisnya di Instagram.

Tambah Zarina lagi, Raihan memberitahu tiada cinta dalam dirinya terhadap Zarina namun dia memintanya bersabar.

Bagaimanapun pada akhirnya pesanan itu membuahkan hasil dan mereka masih bersama sebagai suami-isteri.

Perkongsian Zarina di Instagram bersempena ulangtahun perkahwinannya yang ke-25.

“Saya masih ingat lagi kata suami saya, ‘abang tak nak isteri keluar ikut depan, dia keluar ikut pintu belakang. Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan bersabar.

“Terima kasih abang… Sabar itu separuh daripada iman,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata, perkongsiannya itu diharap dapat menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua dalam memahami erti sebenar cinta.

“Anda boleh dapat cinta tetapi anda tidak akan dapat menguasai cinta. Cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja untuk berserah,” ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan dengan Raihan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Bagaimanapun anak kembarnya itu ialah kanak-kanak istimewa autism.

Mengimbau perkahwinannya dengan Raihan, Zarina berkata, walaupun madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor memberikan keizinan untuk suami bermadu namun ketika itu dia sedar hati seorang wanita lain hancur berderai.

“Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka di saat saya baru mengejar bahagia.

“Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun, saat itu saya cuma katakan padanya saya tiada sesiapa kakak, hidup saya macam lalang ditiup angin ke kiri… ke kirilah saya ditiup angin, ke kanan ke kananlah saya.

“Allhamdulilah dengan izinnya… Kawinlah saya nun jauh di seberang sana,” jelasnya yang kini bahagia bermadu.

kredit: sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *