Uncategorized

D4P Tak Setuju Kedah Tutup Pusat Judi, Sekali Ini Ayat Padu MB Kedah. Memang Terdiam Terus

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi bertegas bahawa kerajaan Kedah tidak akan mempertimbangkan semula keputusan menamatkan lesen perjudian dan loteri di negeri itu.

Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan bahawa aktiviti berjudi memberi kesan buruk kepada semua kaum kata menteri itu.

Keharmonian kaum

Sanusi berkata demikian bagi menjawab cadangan Setiausaha DAP Negeri, Teh Swee Leong yang meminta mempertimbangkan semula keputusan itu demi mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial.

Kita bertegas tidak akan tarik balik dan tiada pertimbangan semula kerana ini bukan isu satu kaum sahaja. Judi merosakkan semua kaum, tak pernah jadi alat membentuk keharmonian kaum. Kalau betul saya minta dia (Swee Leong) buktikan judi boleh bentuk keharmonian kaum.

Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Januari yang lalu.

Warga Twitter ucap tahniah MB Kedah tutup kedai judi

Tindakan Kerajaan Kedah menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri di negeri itu berkuat kuasa semalam mendapat pujian warga Twitter.

Rata-rata pengguna di media sosial itu mengucapkan tahniah atas tindakan berani Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk mengambil langkah tersebut.

Seorang pengguna Amrufateh berkata, arahan yang dibuat bagi menamatkan operasi judi di Kedah merupakan komitmen Pas selepas tindakan sama diambil di negeri yang dikuasai parti itu.

“Pas tadbir Kelantan 22 Oktober 1990, larang perbaharui lesen judi 8 Disember 1990. Pas tadbir Terengganu 30 November 1999 larang perbaharui lesen judi 31 Mac 2000

“Pas tadbir Kedah 12 Mei 2020, larang perbaharui lesen judi 14 Nov 2021. Tarikh akhir beroperasi 31 Disember 2022. Itulah komitmen Pas,” katanya.

“Sanusi ambil masa 2 tahun 7 bulan untuk stop operasi premis judi di Kedah. Tahniah!” komen Akhtar Muhammed.

“Judi membawa padah. Tahniah Kedah. So yang mana duk hentam tak percaya MB Kedah kata tahun 2022 tak tutup pun padahal sudah diterangkan sehingga tamat lesen tak ada renew. Ini macam dijanjikan 2023,” kata Yasmin Syafikah.

“Premis judi tutup mulai hari ini di Kedah. Alhamdulillah. Semoga dengan ini berkuranganlah masalah kesempitan hidup akibat berjudi yang memberi kesan kepada keluarga,” komen landraceCon.

“Sambutan tahun baru 2023 terbaik dengan tiada lagi premis judi beroperasi di Kedah. Tahniah pentadbiran negeri Kedah. Kosong cabutan,” kata Roslan AHmad.

Sanusi dalam kenyataan semalam mahu semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah memantau dan memastikan semua premis perjudian terbabit mematuhi arahan yang diputuskan sejak November 2021 lalu itu

“Semua lesen pemilik kedai judi dan loteri telah tamat tempoh pada 31 Disember dan kita tidak lagi perbaharui lesen judi.

“Penguat kuasa PBT diarah melakukan pemantauan dan pemeriksaan semua kedai judi dan loteri di seluruh negeri.

“Tindakan ini diambil bagi memastikan tiada premis yang beroperasi secata haram,” katanya.

Premis perjudian di sekitar Alor Setar yang sudah ditutup selepas kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen mereka. – NSTP/Noorazura Abdul Rahman

Sebelum ini Muhammad Sanusi ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 14 November 2021, mengumumkan Kedah tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian selain menghadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri itu.-MalaysiaGazette

Kredit: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *