Nampaknya masalah melibatkan selebriti seperti Puteri Sarah, Syamsul Yusof, Ira Kazar dan keluarga mereka masih belum selesai dan secara jujurnya Ohmedia harapkan agar mereka dapat selesaikan dengan baik. Bukan apa, isu yang dihadapi mereka ini tak elok didedahkan kepada umum kerana bimbang lebih banyak aib keluarga akan terbongkar.
Apapun, kakak kepada Ira iaitu Yasmin Kazar pula bersuara dengan mempersoalkan tindakan seorang perempuan yang berpura-pura.
Bod0h! Menyampah aku tengok…
Rosaklah perempuan-perempuan yang suka viral sana sini acah-acah tersakiti dicur4ngi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di timeline aku. B0doh, menyampah aku tengok.
Engkau orang tak ada Tuhan ke? – Tulisnya di Twitter.
Dalam pada itu, Yasmin turut menyifatkan wanita itu sebagai kelakar kerana tidak menyekat akaun p4lsu walaupun tidak suka.
Kinda hilarious bila kau siap pinned fitn4h dari f4ke account. You are damn funny girl. Oh and f4ke too. – Tambahnya lagi.

Yasmin didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Yusof Haslam.
Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah.
“Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘if not mistaken’ asyik nak menangkan adik dia ja.
“Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna.
“Bila Masa Pula Aku Bagi Statement Ni?” – Duduk Diam Tak Kacau Orang, Kakak Ira Kazar Pula Jadi Mngsa Fitn4h
Susulan perkahwinan kontroversi antara anak pelakon vateran, Kazar iaitu Ira dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof maka tidak hairanlah sekiranya netizen turut memberikan tumpuan kepada ahli keluarga yang lain.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama kakak kepada Ira iaitu Melor Kazar pula menjadi mangsa fitnah blogger yang tidak bertanggungjawab.
Melor menerusi ruangan Insta Story miliknya menegaskan tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung perkahwinan adiknya seperti didakwa blogger tersebut.
“Bila masa pula aku bagi statement ni? Yang kuban-kuban (bukan-bukan) je blogger ni. Duduk diam pun kena juga? Di bumi apakah aku duduk ini?” tulisnya.
Untuk info, blogger tersebut mengeluarkan artikel berbaur fitn4h yang mendakwa Melor memberikan kenyataan mempertahankan Ira.
Jumaat lalu, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri.
Puteri Sarah kemudiaannya telah memohon suaminya, Syamsul Yusof agar ‘melepaskannya’ dengan cara baik kerana dirinya tidak sanggup hidup bermadu dengan wanita yang baru dikahwini Syamsul.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga kini.
Apapun, kita doakan sahaja yang baik-baik dan semoga keluarga yang terlibat dapat berbaik.
kredit: bharian