Berikutan daripada itu, pihak OhBulan! cuba mendapatkan kenyataan Bella berhubung kapsyen tersebut.
Risau kejadian lama berulang kembali
Menurut Bella, baru-baru ini dia berasa sangat marah terhadap seorang pelakon wanita yang cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz. Ujar Bella, pelakon tersebut telah missed call suaminya sebanyak 7 hingga 8 kali pada waktu pagi.
Masalah peribadi semua orang ada. Ujian bersilih ganti. Alhamdulillah semakin hari semakin baik. Dah dapat penyelesaian. Bukan apa, Bella risau kejadian lama berulang kembali. Sebagai isteri kita ada perasaan cuma, Alhamdulillah Aliff tunjuk banyak perubahan selepas kami rujuk kembali.
Memang Bella tuju posting itu kepada si dia sebab tak nak terjadi lagi. Selepas Aliff buat comeback, tak ada masalah. Cuma yang baru-baru ni ada masalah. Bila kita tengok hari-hari ada missed call dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu sampai 7 hingga 8 kali. Bila saya periksa dengan artis lain, ternyata nombor yang sama. Saya rasa dia pun tahu. Saya cukup marah.
Sebagai seorang pelakon juga, Bella berkata dia sangat menghormati perasaan isteri kepada hero gandingannya.
Saya pernah berlakon dengan suami orang iaitu abang Zamarul. Saya tak pernah berhubung dengan dia. Selalu saya akan cakap dengan kak Diana. Kadang-kadang dekat set saja. Sekali kita mungkin boleh faham. Mungkin dia ada tertinggal apa-apa. Tapi 7 hingga 8 kali saya tak nampak sebab.
Disoal sama ada Bella meminta penjelasan ataupun tidak daripada pelakon wanita tersebut, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu dia sudah meminta penjelasan. Namun, penjelasan yang diberikan ternyata membuatkan dirinya berasa terkejut.
Bila saya minta penjelasan, dia minta maaf. Dia kata dia bodoh dan tersuka suami saya.
Berani beritahu saya
Berbicara lebih lanjut, Bella berkata dia dan Aliff sudah berbincang mengenai masalah tersebut. Tambah Bella, Aliff bersetuju untuk tidak berlakon dengan pelakon wanita itu selepas ini.
Saya risau sebab sekarang ramai yang berani memberitahu ya. Bella rasa sungguh kecil. Orang tak hormat saya sebagai isteri. Itu sahaja yang Bella boleh kongsi. Aliff dah terangkan kepada Bella dan kami berbincang dengan cara yang matang. Harapan Bella, kita nak bekerja kena betulkan niat. Saya harap lepas ni, bila kita tahu pelakon itu suami orang, kita kena lebih berwaspada dan jaga batas. Biar orang hormat diri kita.
Ditanya pula sama ada Bella sudah memaafkan pelakon wanita tersebut ataupun tidak, anak kelahiran Sabah ini berkata dia tidak boleh berfikir buat masa ini.
Bella harap tak ada lagi cerita yang tak baik. Bella sayang rumah tangga. As for now, Bella manusia biasa. Macam yang lepas, saya dah maafkan. Saya tak ingat dah. Mungkin Allah yang berikan kekuatan dekat saya. Cuma yang baru ni saya tak boleh brain. Heroin itu patutnya tahu apa yang dah berlaku dulu. Jadi, harapan Bella harap Aliff cepat habis penggambaran. Aliff ada ajak Bella datang set kalau ada waktu lapang.

Dah ada pakwe, Sophia Albarakbah hairan digosipkan bercinta dengan Aliff Aziz
Pelakon jelita, Sophia Albarakbah meluahkan kehairanan apabila timbul gosip mengatakan dia kini sedang bercinta dengan aktor kacak, Aliff Aziz sedangkan ia hanyalah lakonan drama semata-mata.
Aktres kacukan Melayu, Arab dan Cina itu menjelaskan video tular itu hanyalah salah satu babak lakonan mereka dalam drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
“Video itu hanyalah salah satu babak dalam drama yang kami lakonkan,”ujarnya.
Dah bawa watak bercinta, takkan nak pandang penuh benci?
Tambah aktres berusia 30 tahun itu, dia dan Aliff hanyalah menjayakan watak sebagai pasangan sedang bercinta dan ia adalah tanggungjawab mereka sebagai pelakon.
“Kami bawa watak sedang bercinta, takkanlah saya hendak pandang pasangan dengan wajah kebencian,”jelasnya.
Kalau kaku kena tuduh tak pandai berlakon pula
Dalam pada itu, dia yang juga dikenali sebagai Sophia Koshka mengaku ada masanya serba salah dengan kemahuan netizen apabila menjayakan sesuatu watak.
“Kalau tampak kaku, saya dituduh tak pandai berlakon dan begitulah sebaliknya.
“Kalau berlakon tiada ‘feel’, dikecam tidak pandai beraksi. Tetapi apabila lakonan ‘sampai’, orang kecam juga kerana mereka kata macam betul-betul.
“Jadi, apa yang perlu saya buat sekarang?”luahnya.
Sophia dah ada pakwe
Sementara itu, pengurus Sophia yang dikenali sebagai Nik Yasmin memberitahu aktres itu sudah mempunyai teman lelaki dan sikapnya yang lemah lembut sering disalah sangka ramai.
“Sophia wanita lemah lembut dan manja.
“Mungkin disebabkan itu, ramai yang salah sangka dengannya. Malah, Sophia sudah ada teman lelaki,” katanya.
Terdahulu, timbul dakwaan Aliff Aziz yang juga suami kepada selebriti Bella Astillah sedang bercinta dengan Sophia berikutan aksi mesra mereka tular sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Selain Aliff, Sophia juga pernah dikaitkan dengan rakan gandingan dalam drama Cinta Hilang Kata iaitu Shah Jazle. Bagaimanapun, mereka menjelaskan hanya berkawan. Malah, isteri Shah Jazle dilaporkan tahu hubungan mereka.
Sumber: Berita Harian ( Serimah Mohd Sallehuddin), TikTok @sophiaalbarakbah