Kuala Lumpur: Biarpun berstatus suami orang, pelakon Fadzil Zahari mendedahkan dia tidak terlepas menjadi mngsa gangguan ‘penyondol’ di akaun media sosial miliknya.
Menurut suami kepada pelakon Yana Samsudin, baru-baru ini dia diganggu oleh seorang wanita tidak dikenali di Instagram yang mahu berkenalan dan menghantar foto peribadinya.
“Saya rasa individu sebegini gemar mencari lelaki yang lebih stabil dan berusia.
“Tidak dinafikan saya kerap juga menerima gangguan seperti ini. Pernah sekali ada seorang wanita menghantar foto dia sedang memakai baju tidur.”Kejadian terbaru ini pula dia menyatakan minat terhadap saya dan mahu menukar ‘username’ telegram untuk berkenalan. Malah individu ini juga sanggup menghantar gambar peribadinya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fadzil, memandangkan nombor telefon peribadinya tertera di media sosial, dia kadangkala sukar mengenal pasti individu yang mahu berurusan atas urusan kerja atau mempunyai muslihat jahat.

Fadzil Zahari aktif di sosial media
“Selalunya apabila menerima gangguan seperti ini saya akan ‘screenshot’ dan menghantar kepada rakan baik saya untuk menjadi saksi. Bimbang juga jika jawapan balas saya disunting untuk perkara yang tidak baik.
“Alhamdulillah setakat ini isteri memberi sepenuh kepercayaan kepada saya. Malah kalau menerima gangguan seperti ini saya tidak gemar untuk bercerita dengannya.
“Kadangkala saya tidak tahu niat mereka menghubungi saya kerana nombor telefon saya ada di Instagram atas tujuan bisnes. Selalunya saya menerima mesej untuk tawaran kerja, kempen dan duta.
“Jadi siapa saja yang hantar mesej saya akan balas. Namun kalau mesej yang dihantar agak pelik saya akan menyekat atau bergurau seperti yang dikongsikan di Facebook saya,” katanya.
Terdahulu Fadzil mendedahkan perbualan mesej peribadi seorang wanita tidak dikenali di Instagram miliknya yang berminat untuk berkenalan hingga sanggup menghantar foto peribadi.
kredit: hmetro