Hanya Manusia Biasa, Syamsul Yusof Beritahu Kenapa Dia Tak Beritahu Keluarga

Selepas sekian lama berdiam diri, akhirnya Syamsul Yusof mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikaitkan dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar.

Syamsul memaklumkan dia dan Ira bernikah secara sah di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon veteran, Kazar Saidi.

Sementara itu, Syamsul berkata dia tidak pernah mempunyai niat untuk membelakangkan sesiapa serta mengakui dia juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

“Saya tak mahu membelakangkan sesiapa juga. Saya tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk berbuat sedemikian. Saya bukan manusia sempurna, dan buat kesalahan seperti anda semua,” katanya.

Menurut Syamsul lagi, dia meluahkan rasa syukur Ira Kazar sudah menjadi isterinya yang sah disisi syarak serta berharap agar keputusan yang dibuatnya itu adalah terbaik.

“Doa yang baik-baik. Alhamdullah, tak kurang juga ada yang menyokong dan memahami tindakan saya ini. Saya cukup tenang dan redha. saya hanya bergantung kepada Allah, Allah yang satu. Ya, saya manusia biasa yang mempunyai dosa dan cacat cela. Saya cuma mahu ketenangan, keredhaan dalam hidup saya,”katanya.

Dalam pada itu, Syamsul sekali lagi menjelaskan bahawa hari ini baru dia sah bernikah dengan Ira Kazar serta menyangkal dakwaan mengatakan mereka sudah bernikah sebelum ini.

“Ya sebelum saya terlupa, hari ini baru saya sah bernikah dengan Ira Kazar. Jadi sebelum ini, apa yang orang katakan sebelum ini, tak apalah yang dah lepas tu lepaslah,” katanya

Tahniah akhirnya mengaku, selepas dah berbulan nikah di Thailand, kan?’ – Puteri Sarah

Kuala Lumpur: Isteri pertama pengarah, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana secara sinis mengucapkan tahniah buat suaminya yang bernikah lagi satu dengan Ira Kazar, di Thailand, hari ini.

Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram Story turut mendakwa Syamsul sudah melangsungkan pernikahan beberapa bulan lalu di Thailand.

“Tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar selepas dah berbulan nikah di Thailand kan,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Puteri Sarah turut tidak menyangka apabila suaminya itu sanggup menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

“Anda menjadikan apa yang berlaku ini atas kesalahan saya. Okey, tunggu saya tengah ‘shooting’ (penggambaran) sekejap. Sekejap lagi saya buat video. Tunggu ya,” tulisnya.

Terdahulu, Syamsul membuat pengakuan menerusi video di Instagram mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand, hari ini.

Syamsul berkata, pernikahan itu berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Dalam video itu, Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah dan memohon Puteri Sarah pulang ke rumah dan berbincang dengannya.

Menurut Syamsul, dia mahu berbincang dengan Puteri Sarah mengenai masalah mereka dan tidak mahu ia dihebahkan di media sosial seperti sebelum ini.

“Pulanglah dan bawa kembali anak-anak kita. Apa-apa masalah, kita bincang di rumah, selesaikan tanpa perlu dihebahkan (dan) mengaibkan saya. Saya masih suami awak.

“Sudah-sudahlah bawa anak ke sana, ke mari tanpa minta keizinan suami. Saya masih suami,” katanya.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *