Pelakon Ashraf Muslim menasihati orang ramai agar menegur dan memberikan nasihat secara rasional serta berhemah kepada artis yang sedeng diduga kemelut rumah tangga.
Jelas Ashraf, 40, netizen di media sosial juga harus memberikan sokongan untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menambahkan keburukan atau menyemarakkan api sengketa dan amarah mana-mana pihak yang bertelagah.
“Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik.
“Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga. Bimbang akan terpalit kepada kita balik. Kadang-kadang kita lupa benda yang begitu.
Advertisement
“Jadi, kita kena sentiasa fikir positif sebab saya sendiri pernah alami situasi ini. Senang cerita, doa yang terbaik. Kalau nak menegur, tegur dengan cara berhemah jangan sampai menyakitkan hati.
“Supaya mereka yang terlibat berfikir ada lagi orang yang sayangkan mereka, boleh buat keputusan yang baik,” katanya kepada Gempak.
Ditanya pengalaman sendiri pada peringkat awal proses poligami, Ashraf akui ia bukan sesuatu yang mudah.
“Susah… Kena tenang, sabar. Buat keputusan betul-betul. Kalau tidak tenang, tak sabar akan buat keputusan yang tak betul,” tambahnya.
Ashraf berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Musyrik: Api Neraka Menantimu! Bersama Artis & Media di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.
Untuk rekod, Ashraf, kini menjalani kehidupan harmoni bahagia bersama dua isteri, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Mengakui isu membabitkan keluarga adalah sesuatu yang privasi, Ashraf berpandangan soal tersebut sebaiknya tidak terlalu dikongsikan di media sosial.
“Bagi saya benda-benda macam ni… fasal keluarga, simpan untuk kita sahajalah. Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa tu.
“Jadi senang ceritalah… kebahagian diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa sahaja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.
“Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu,” katanya lagi.
“Suka betul cara fikiran dan pemahaman @dewisandra . Semoga aku juga dapat merasa nikmat bila mengikut cara Allah. Kepada suami dan isteri sama-sama kita Faham dan praktikkan untuk merasa nikmat Allah. Ingat hidup ini hanya sementara dan fasa ini juga menentukan apa yg akan berlaku pada diri kita di alam Barzakh dan di padang mahsyar yg mana masa di dasa itu lagi lama berbanding di alam dunia ini.” kongsi Ashraf

ASHRAF & ISTERI² NYA
”Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yg kusayangi yg sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini. Kita lakukan sahaja apa yg Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan darinya. Semoga Allah meyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu.”
@ashrafslegacy
Pelakon Ashraf Muslim memuatnaik foto diri, bersama dua isterinya. Dengan caption doa agar mereka kehidupan mereka diberkati. Beliau boleh dikatakan, salah seorang lelaki sebagai suami contoh yang terbaik di Malaysia.
“Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yg kusayangi yg sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini. Kita lakukan sahaja apa yg Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan darinya. Semoga Allah meyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu.”
Ramai masih minta tips p0ligami daripada Ashraf Muslim
Masih ramai lelaki termasuk dalam kalangan rakan-rakan mengirim mesej (DM) di Instagram meminta tips berpoligami daripada pelakon, Ashraf Muslim, 40.
Ashraf yang kini menjalani kehidupan bahagia bersama dua isteri, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi berkata, setiap hari ada mesej diterimanya daripada lelaki yang bertanya dan meminta tips panduan daripadanya berkaitan poligami.
“Macam-macam yang ditanyakan. Cuma, ada mesej yang saya jawab dan ada juga tak berkesempatan nak balas. Namun, saya okay saja untuk menjawab,” katanya.
Menurutnya, poligami biasa dilihat ‘manis’ untuk lelaki dan ‘pahit’ buat wanita.
“Kelaziman tips yang ingin diketahui pastinya membabitkan keharmonian rumah tangga dengan dua pasangan. Begitu juga dalam menjaga hati dan perasaan isteri-isteri,” katanya.
Hasil perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.
Bersama Wan Sakinah pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Ashraf yang masih aktif berlakon kini muncul dengan drama 3 Nota Cinta di slot Akasia TV3 bersama Sharifah Rose, Wani Kayrie, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Ditanya gandingan bersama Sharifah Rose, 23, yang 17 tahun lebih muda, Ashraf berkata, watak Zain lakonannya ialah komposer lagu berusia 30-an dan jarak usia untuk watak itu tidak jauh berbeza.
“Jadi, sebagai pelakon saya hanya perlu tahu bezakan antara lakonan dan realiti. Oleh itu, saya hanya melakonkan watak Zain mengikut kesesuaian watak dan tiada masalah pun berlakon dengan Rose.
“Rose juga mudah dibawa berbincang dan suka bertanya. Saya pun sentiasa cuba berkomunikasi dengan dia untuk kami sama-sama mencari kesesuaian dalam watak,” katanya.
Ashraf berkata, dia juga gembira kerana masih diberi peluang membintangi naskhah drama untuk slot popular seperti Akasia.
Ia dianggap sebagai satu penghargaan bermakna buatnya.
KREDIT: HMETRO